NAK SIGN...GUEST BOOK

Wednesday, February 13, 2008

Sejuknya Malam Ini

Siap sahaja aku menyudahkan tugasan yang perlu dihantar esok, bergegas aku ke tempat lepak depan pejabat. Macam biasa, ramai pak2 Arag tengah online kat sini. sejuk betul aku rasa malam. Tapi aku tetap selesa pakai baju xblengan n seluar pendek macam ni. Mungkin sejuknya malam ni turut menandakan hati aku yang mulai sejuk. Tadi bawang merah mesej aku, tanya kenapa aku nak pinjam duit pada pinkyjune. Aku cuma jawab yang ikhlas, yang betul. Aku masih boleh bertahan lagi sekrang, cumanya kad atm aku je yang rosak. Tapi itu semua tak berapa penting, tapi nampaknya bawang merah mula mendekati aku semula....



Tapi, setelah itu...kenapa setelah itu semua terjadi. walau aku mula redha dengan takdir Ilahi. Aku juga tertanya-tanya, mengapa?



Alhamdulillah aku sudah boleh mula makan. Walaupun spageti yang aku beli di shoping complexpetang tadi. Sekurang-kurangnya hilanglah kempunan aku yang dah lama ni. Spageti Bolognise sos tomato, memang favourite aku. Campur pula dengan sardin atau tuna memang umphhh...



Rumate aku si Shiro balik esok. Mesti di teruja tengok aku punya katil yang dah makin lawa. Toto kulit harimau yang bawang merah, pinkyjune n katakhijau hadiahkan pada Hari Jadi aku yang lepas, aku tambah pulak dengan cadar yang baru siap aku ambik d kedai kak raha. memang nampak cun, warna kokonya. memang nampak elegant.



Mungkin ini semua sajalah yang mampu ubat hati aku ni. Tak apalah kadang-kadang bende yang remeh mampu buat kita genbira jugak kan. hum..



Tiba-tiba aku teringat kawan aku MangsaMotor. Dia ke KL skrg. Khabarnya dari rumate dia Itik, dia pergi cari dana wat tanggung bayar hutang. hum..pandai2 lah ko bawak diri di semenanjung ni. Yang pasti ko tetap kawan yang pernah gembira bersama aku. Teringat aku pada cerpen yang MangsaMotor pernah buatkan untuk aku dulu. hopefully cita-cita aku yang tertulis dalam cerpen tu akan termakbul.Amin...

No comments:

Post a Comment

Komen la kalau berani..komen !