NAK SIGN...GUEST BOOK

Saturday, February 23, 2008

PhotoBiz... Thesist...

Hari2 bz bermula dalam hidup aku. skrg tengah bz ngan thesist, pulak lagi aku n kengkawan join photobiz apprentize challange. hu2...cam gini la nak jadi uasahawan. tadi jumpa Asda LKS kat Gutrie sembang pasal biz lagi.
Hum...BawangMerah senyap tanpa berita. Kelmarin pulak besday MangsaMotor, aku tak wish sebab aku segan xde modal nak bagi hadiah. uhu... dia pun mencuka je 2 3 ari dulu. entahlah, macam kejam pn ade, besday aku dia sambut grand2, takpe...aku tengah usahakan hadiah dia.
Aku ngan TanSriPerasan nampaknya makin rapat balik, okay... aku selesa n tenang ade membe yang memahami macam dia. Hopefully hub aku n family dia berkekalan. Amin. aku n dia gak..

Tuesday, February 19, 2008

Semalam sikit sibuk bagi aku, begitu juga kelmarin. hari ini baru aku berkesempatan menulis blog semula. letih sungguh aku rasakan. mengantuk semuanya ckup. satu pakej gitu...
Takde apa yang hendak aku ceritakan, cuma tadi BawangMerah kembalikan duit yang aku tolong bayar pada ehsan. ahli group dia. aku sungguh tak paham. mungkin duit tu tak cukup kot. yela itu je yang aku mampu setakat ni.

tak apalah malas nak menulis panjang lebar untuk hari ini. bye

Sunday, February 17, 2008

BUkan Sibuk

Hari ni bukan hari sibuk bagi aku. tapi buat2 sibuk jela. tenet yang lembab tahap gaban bukan style aku r. aku sangup g bayar kat kone untuk sume ni. Apa khabar agaknya BawangMerah. Adalah itu keputusan tepat bagi dia dan aku. hum...

Thesist...hum masih belum bersentuh utk sem ni. Cik Linda, eh Pn Linda daa. mesti baran dengan aku yang dah lama xjmpa dia. entahlah. hopefully aku akan mulakan tak lama lagi.

xment. Tadi baru je jumpa mam. discuss pasal xment group yang still xwat lagi. insyAllah aku akan siapkan secepat yang mungkin.

Kawan2 yang lain entah kemana. senyap je semuanya. skrg kan musin bz. cuma berteman rumate yang setias. menjaga pemakanan aku skrg. prihatin. sungguh terharu. semalam dia belikan aku mee guar. best gak

TanSriPerasan...aku nampak moto dia tadi. hum...rindu plak aku nak jumpa ngan member aku yang sorang tu.

Saturday, February 16, 2008

BawangMerah

BawangMerah...itulah namanya. nama yang cukup aku kenal, hampir 3 tahun lamanya. peelnya, lakunya, tawanya, lagaknya telah terpahat dalam sanubari ini. xpnah dia berubah. berubah untuk dirinya sendiri, orang lain ataupun untuk aku. xpernah. lihat saja, setiap kali selepas membaca blog ini ada saja sungutan yang dikirim melalui mesej. bukankah itu juga satu KOMEN??

Aku makin tabah melalui hari2 ini. Aku rasa ramai kengkawan yang sudah perasan kesengsaraan yang aku tangung. Walaupun aku sorok sedalam mungkin aib ini. Aku pegang janjiku.

Tadi seronoknya aku berkonvoi dengan kawan2 baru ke rumah prof Hamzah. Hari ini majlis perkahwinan anak sulongnya di Jitra.

Spagetti Bolognese mula menjadi diet utama aku. tapi tadi aku tambah satu lagi menu, baked beans. sungguh membuka selera aku. mungkin aku lebih selesa dengan makanan barat agaknya.

Aku mohon pada Tuhan agar aku berjaya mengharung apa jua masalah dengan cara terbaik. aku redha apa yang terjadi. Aku moho jua akan jalan hadapanku ini semakin terang dan terus terang. Amin.

Friday, February 15, 2008

KFC

Balik je tadi aku terus ke bilik Myst3, kelam kabut aku sebab dia kata ada emergency. Rupa2nya ajak makan kfc je. tapi aku sedikit terharu kerana terasa di hargai. bak kata prof Hamzah rasa macam ada sence of belonging jek. hu2. tq my prend

Than terpandang roti arab di kolej mas, aku mula teringat kenangan dulu. tak tahan aku terus blah.

Mungkin slah lidah merasa atau keadaan merubah segala. Kfc aku makan sume rasa masin. cheese wedges sampai la ke ayamnya. masin... mungkin semasin hidup yang sedang aku lalui skrg.

Shiro, selalu tanya aku sakit ape. biarlah segala jadi rahsia. tuhan maha segalanya, maha tahu, maha mengerti jua maha mengatur.

Mungkin berubah selera ataupn berubah angin. aku xkuasa makan nasi lagi. spageti yang dulunya aku selalu makan bersama dengan BawangMerah mula jadi makan yang kau minat tahap gaban sekarang ni. Sedap siot.

Hutan sintok, KIC, roti arab, sandwich, spageti semuanya kenangan indah dalam hidup aku.

Sem ini sem akhir. sem yang bawak banyak perubahan, berubahnya suasana seperti berubahnya haluan hidupku. tuhan maha tahu.

Esok...rasa takut untuk menyambut hari esok. hari ini suadah tidak tertanggung.bagaimana pula hari esok???

BawangMerah, kalau kau masih setia membaca blog ini. aku harap kejauhan yang aku cipta mampu membuat kau lupakan segalanya secara beransur. bukan aku xsudi untuk jadi sediakala, tapi aku xmampu. Aku terlalu menyayangimu. Aku masih mencari apa dosa yang aku lakukan hinngga aku ditimpa ujian sebegini besar. Tuhan...

Jumaat Ini

MangsaMotor yang dah balik sedikit memberi membangkitkan kemarahan aku. Perkara 1 yang aku xsuka adalah orang tidak menghormati privasi aku. ke2 orang pinjam brg2 aku tanpa bagitau. ke3 adalah orang yang xreti jaga barang aku. kamus aku dipinjam tanpa mintak, lampau hadiah kak su dialih tanpa letak balik tempat asal. kamus yang dipinjam dibiar bersepah merata sehingga air kopi tumpah kat atas dia. sangat menggeramkan.

Ramai mengadu xdapat stiker, memaki pengetua atas semua yang berlaku. memang xpatut pn, dalam ramai2 yang mintak stiker, cuma 49 orang yang dapat termasuk kereta n motor. sungguh gila. Alhamdulillah berkat pertolongan Melati n kebijaksanaan aku mengatur strategi. Aku dapat stiker. Hopefully semua berjalan lancar, semangat aku nak belajar pn nampaknya dah datang balik. harap2 akan terus membara

TanSriPerasan balik kg tanpa bagitau aku. xpe...tapi aku cukup terkilan bila dia memberi alasan mengantuk untuk asscord aku ke pku. walhal semalamnya dah deal. bukan mengungkit tapi kenangkan balik dulu, dua kali aku temankan dia ke pku pagi2 buta kerana sakit gigi. hum, entahlah. mungkin aku xde hak untuk dijaga hati kot. dia pn xdapat stiker, walau aku ada cara nya untuk tolong tapi nampaknya macam tawar j ati aku ni. tengoklah dulu. aku hargai persahabatan dia selama ini.

hidup ini terus berlari. bakal meninggal pergi siapa sahaja yang xmampu mengejar !

Thursday, February 14, 2008

Ke Mana Bawang Merah

BawangMerah bagitau aku dia xde 2 3 hari ni... xtau dia kemane xapalah dia sudah cukup dewasa..

semalam memang sesuatu yang gila, bila aku wrongway n nyaris terlanggar dengan bas kat depan gate. alhamdulillah x ape2. tapi terkejut gak aku kena tempek ngan pakcik2 uk tu. hum..

tadi g lawat org miskin. nak wat xment..

Wednesday, February 13, 2008

Shiro Dah Balik

Hari ni pagi2, tetiba aku rasa macam ader orang ceroboh masuk bilik aku. Aku tengah tido pun rasa tak tenang bila ader bunyi orang geledah barang. Aku dah la xsedap badan, sampai kelas Dr.Fuziah pn terlepas. Tengok punya tengok rupanya rumate aku Shiro yang balik. Aku penyamun lala dah aku terajang. Tambah2 kalo dia sentuh ataupun jentik jek laptop baru kesayangan aku ni. Pendek kata aku sayang gila r laptop ni. Hampir setiap hari aku usung ke hulu ke hilir. Sampaikan Shiro pn tegur yang aku xberenggang dari laptop aku tu. Sayang la katakan.

Hari ni aku ajak PinkyJune lunch sama. Kitorg lunch kat kolej dia. Aku mula dah makan nasi balik. Tapi aku pikir kena r minum teh orang kampung tu balik ni. Banyak gak aku makan tadi sebenarnya.

Alhamdulillah stiker motor yang aku mohon dah dapat. Walaupun guna nama orang lain, Melati. Tq my prend. Melati kawan satu course yang agak baik ngan aku. Dia pun dah g umah aku. Nampak cam rapat je dia ngan mak aku. Sampai kadang-kadang aku tengok pn naik jealous dibuatnya. Melati oh melati...itulah melati. macam lagu nyanyian penyanyi favourite mak aku, Dhalan Zainudin.

Aku terserempak ngan BawangMerah time nak g makan ngan PinkyJune tadi. Dia jalan sorang2 g kuliah. Hum... mesej aku marah lak aku xbgtau yang duit praktikal dah masuk.papalah BawangMerah. Aku memang bz ckit tadi. Habis je makan ngan PinkyJune terus aku g bank islam deposit duit stiker. Than g ambik gambar plak. huh.
Aku semakin matang melalui hari. Tapi yang pasti hari ini xkan pernah sama seperti hari esok.


Sejuknya Malam Ini

Siap sahaja aku menyudahkan tugasan yang perlu dihantar esok, bergegas aku ke tempat lepak depan pejabat. Macam biasa, ramai pak2 Arag tengah online kat sini. sejuk betul aku rasa malam. Tapi aku tetap selesa pakai baju xblengan n seluar pendek macam ni. Mungkin sejuknya malam ni turut menandakan hati aku yang mulai sejuk. Tadi bawang merah mesej aku, tanya kenapa aku nak pinjam duit pada pinkyjune. Aku cuma jawab yang ikhlas, yang betul. Aku masih boleh bertahan lagi sekrang, cumanya kad atm aku je yang rosak. Tapi itu semua tak berapa penting, tapi nampaknya bawang merah mula mendekati aku semula....



Tapi, setelah itu...kenapa setelah itu semua terjadi. walau aku mula redha dengan takdir Ilahi. Aku juga tertanya-tanya, mengapa?



Alhamdulillah aku sudah boleh mula makan. Walaupun spageti yang aku beli di shoping complexpetang tadi. Sekurang-kurangnya hilanglah kempunan aku yang dah lama ni. Spageti Bolognise sos tomato, memang favourite aku. Campur pula dengan sardin atau tuna memang umphhh...



Rumate aku si Shiro balik esok. Mesti di teruja tengok aku punya katil yang dah makin lawa. Toto kulit harimau yang bawang merah, pinkyjune n katakhijau hadiahkan pada Hari Jadi aku yang lepas, aku tambah pulak dengan cadar yang baru siap aku ambik d kedai kak raha. memang nampak cun, warna kokonya. memang nampak elegant.



Mungkin ini semua sajalah yang mampu ubat hati aku ni. Tak apalah kadang-kadang bende yang remeh mampu buat kita genbira jugak kan. hum..



Tiba-tiba aku teringat kawan aku MangsaMotor. Dia ke KL skrg. Khabarnya dari rumate dia Itik, dia pergi cari dana wat tanggung bayar hutang. hum..pandai2 lah ko bawak diri di semenanjung ni. Yang pasti ko tetap kawan yang pernah gembira bersama aku. Teringat aku pada cerpen yang MangsaMotor pernah buatkan untuk aku dulu. hopefully cita-cita aku yang tertulis dalam cerpen tu akan termakbul.Amin...

Tuesday, February 12, 2008

Peningnya aku...

Hari ni 12 febuari 2008...mungkin semua orang tau tarikh ni. tapi aku hampir2 sudah xkenal hari. sangat2 genting macam ni, walaupun xselalu aku jmpa, tapi aku percaya ianya satu proses membina kematangan hidup. mungkin 2 3 hari ni aku akan murung begini. semalam aku tido dalam jam 4. Masih boleh mengucap Alhadulillah, sebabnya kelamarin menjengah pukul 5 pun aku masih terkebil2.

Kadang2 aku terfikir, bodohkah aku xmencari bakal teman hidup di universiti. hanya kerana dia, seorang kawan yang paling aku sayang aku buat semua ini. pernahkah dia tau hati ini. betapa aku sayang pada dia. sayang yang teramat sangat. mungkin ada yang kata cinta aku cinta yang gila...sebab aku xmau declair dan xmau juga untuk digelar pasangan couple. mungkin gila ini bukan aku sorang yang punya.

kisah yang aku ingin kongsi, soal hati ini. aku xsanggup ikat apa hubngan dengannya kerana aku pikirkan aku tak mau putus. sungguh fobia aku mendengar kata2 setiap pertemuan mesti ada perpisahan. takut aku mendengar setiap ikatan satu masa pasti akan putus. apapun inilah aku..

moga aku akan terus tabah. sahabat, semalam saja baru kau berterus terang. tindakan kau yang terlalu jauh dari capaian akal aku yang gila ini...membuatkan hati aku jatuh berderai. gelap sungguh dunia aku rasakan kala ini. apapun, aku mohon tuhan tunjukkan jalan bahagia dan terbaik bagi hidupku...

I'll be your friend forever...don't forget...