NAK SIGN...GUEST BOOK

Thursday, September 11, 2008

PETUA MEMILIH SAHABAT

ASIGNMENT HOTEL

Agak terkejut St tengok gambar kat atas ni...nampak macam salah sorang dari diorang mcm member lama St, tu yag berkenan letak gambo ni.ehe.. Cara memilih kawan..biar apapun petua kat bawah ni, St terima kawan St seadanya...hopefully dapat kawan2 yg baik dgn ketetapan tuhan..Amin.

1) JANGAN PILIH YANG BAKHIL

Sahabat yang bakhil adalah dari mereka yang kedekut. Kedekut untuk berbelanja, tidak mahu bertolak ansur. Sering memikirkan kesusahannya sahaja, tidak pernah memikirkan kesusahan anda. Dia lebih banyak meminta-minta daripada memberi. Jika anda bercerita tentang kesulitan anda,dia akan dulu mengatakan bahawa dia mempunyai kesulitan yang lebih besar dari anda. Satu sen duitnya seperti roda kereta lembu. Jika berbelanja, dia lebih riang jika anda yang mengeluarkan perbelanjaan untuk dirinya. Tidak guna anda teruskan persahabatan dengan orang yang sebegini, hanya akan merugikan duit anda sahaja.

2) JANGAN PILIH YANG BODOH

Bersahabat dengan orang yang bodoh akan membuat anda tidak bersemangat. Dia akan hanya menurut sahaja apa yang anda fikirkan. Tidak memberi pendapat yang boleh mendorong kehidupan anda untuklebih maju. Ceritanya hanya di sekitar dirinya sahaja. Tidak pernah bercerita tentang sesuatu yang baru yang boleh membuka minda anda. Dia seorang yang pak turut yang mengikuti sahaja cadangan anda dan tidak memikirkan baik dan buruknya.

3) JANGAN PILIH YANG PENIPU

Sahabat jenis ini selalu sahaja membawa cerita bohong kepada anda. Jika anda lalai saja, dia akan kenakan anda dengan kebijaksaannya. Jika berjanji, nampak bersungguh-sungguh tapi tidak menepatinya. Dia membuat pelbagai janji yang berbagai-bagai tetapi tidak satu pun yang ditepatinya.

4) JANGAN PILIH YANG PENAKUT

Sahabat yang penakut adalah yang tidak pernah memikirkan masa depannya, dia juga berkira untuk meningkatkan prestasi kerjayanya. Dia masih berada ditakuk lama walaupun masa telah begitu jauh meninggalkannya. Anda harus sedar orang yang penakut tidak perlu dijadikan Sahabat jika anda tidak mampu menjadikan dia berani.

5) JANGAN PILIH YANG PENGKHIANAT

Sahabat seperti ini bermuka manis dan bermulut manis tetapi hatinya tidak ikhlas terhadap kita. Sahabat jenis ini akan menikam anda dari belakang. Maksudnya, walaupun dia begitu baik terhadap anda tetapi ada sahaja muslihatnya untuk menjatuhkan anda.



St

Tunjukkan Dimana Tuhan..!

Tunjukkan Dimana Tuhan.... St terjumpa sesuatu yag St rasanya sangat bermanafaat utuk semua, so st letakkan di sini untuk renugan bersama :

Ada seorang pemuda yang lama sekolah di luar negeri, kembali ke tanah air. Sesampainya di rumah ia meminta kepada orang tuanya untuk mencari seorang guru agama, kiyai atau sesiapa sahaja yang boleh menjawab 3 pertanyaannya. Akhirnya orang tua pemuda itu mendapatkan orang tersebut, seorang kiyai.

Pemuda: Anda siapa? Dan apakah bisa menjawab pertanyaan- pertanyaan saya?
Kiyai : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan anda.
Pemuda: Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya.
Kiyai : Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.
Pemuda: Saya ada 3 pertanyaan:-

1. Kalau memang Tuhan itu ada, tunjukan wujud Tuhan kepada saya
2. Apakah yang dinamakan takdir?
3. Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?

Tiba-tiba kyai tersebut menampar pipi pemuda tadi dengankeras.
Pemuda (sambil menahan sakit): Kenapa anda marah kepada saya?
Kiyai : Saya tidak marah…Tamparan itu adalah jawapan saya atas 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.
Pemuda: Saya sungguh-sungguh tidak mengerti.
Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda: Tentu saja saya merasakan sakit.
Kiyai : Jadi anda percaya bahwa sakit itu ada?
Pemuda: Ya!
Kiyai : Tunjukan pada saya wujud sakit itu!
Kiyai : Itulah jawaban pertanyaan pertama…kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat.
Kiyai : Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?
Pemuda: Tidak
Kiyai : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima sebuah tamparan dari saya hari ini?
Pemuda: Tidak.
Kiyai : Itulah yang dinamakan takdir.
Kiyai : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?
Pemuda: Kulit.
Kiyai : Terbuat dari apa pipi anda?
Pemuda: Kulit.
Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda: Sakit.
Kiyai : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat dari api, jika Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan.

St

Tuesday, September 9, 2008

Lagu budak comel - Tasya

lagi kiut ni..dengar ek sume...tak sempat nak letak pos banyak2 hari ni...busy ckit di opis..okay layan

Tasya - Arti Puasa
St

Monday, September 8, 2008

Lagu SUSUK yang Menusuk

Ahaa...best lagu ni. St suka sangat. Dapat jek download terus dengar banyak kali. Lagu ni St start jatuh cinta bila dengar time tengok cite susuk ni kat panggung Pacific Prai. Lagu ni nyayian asal oleh Azura n di-miming oleh Ide Nerina dalam filem susuk.layan...

Muara Sesalan (ost Susuk) - Azura


St

Thursday, September 4, 2008

Hikmah Ramadhan
Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

lagu yang dimuatkan dalam album ini
01.Hikmah Ramadhan
02.Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan
03.Dari Jauh Kupohon Maaf
04.Selamat Hari Raya 1
05.Salam Aidil Fitri
06.Selamat Hari Raya 2
07.Keharmonian Hari Raya
08.Suatu Hari Di Hari Raya
09.Tangan Kuhulur Maaf Kupohon
10.Takbir
11.Suara Takbir
St

Koleksi Lagu Raya Popular


Lagu-lagu Popular Hari Raya

Versi penuh - download (mp3 format)

Lagu Raya


Atas permintaan Myst3, St letakkan lagu raya. Buat permulaan St letakkan yang ni dulu. korang tak biasa dengar punyalah mamat ni nyanyi. Nanti St tambah lagi okay. Yang nostalgik.St

Ku Tak Suka Lagu Ini..


Ku Tak Suka Lagu Ini..begitulah tajuknya. Nyanyian duet Yovie dan Nuno. Tapi St suka sangat2 lagu ni...Kisahnya sambil berenti rest Kat RnR Semanggul@Bukit Merah aritu, St punyalah boring duk sorang2 terus buka radio kat handphone xpressmusic 5300 St yang xseberape ni.Dengar tetibe Dj cakap "Ku tak suka lagu ini.." St pun kata dalam ati. "Apa punya sengal deejay ni, tak suka diam2 sudah laa..." dengar2 naa..punyala best lagu ni...St rasa kena tukar la tajuk die. ubah pada, St Suka Lagu Ini...hik2.
St

Diary Ramadhan Pertama di Kampung

Memang best lagi mengharukan (terharu) bila hajat St nak berbuka puasa kat kg hari 1st ramadhan kesampaian juga akhirnya. siang2 puasa tu St g Teluk Intan, Kononnya nak g online guna wifi kat menara condong, coz umah xde tenet.Tup2...sampai2 je setelah berhenti banyak kali coz ujan, tak bleh connect ar plak. diorang tutup kot coz bulan posa xde orang lepak sangat kat area foodcourt situ. g cari kedai motor pun banyak yang tutup...makanya St n adik St, Lan pun baliklah dengan sadisnya. Then berenti kat simpang hajat yang membeli2 kat bazar ramadhan. ade ar 2 3 jenis kuih St beli, termasuklah donut.Jeng3...dapat idea untuk memperbanyakan donut itu...pling ! Bukan magik okay. St suruh adik St g beli 'ibu roti'...Lan pun kepeningan. "humk...ibu roti, ade ek.anak roti xde", aku terajang jugak budak ni kang.bleh buat lawak plak.Dengan blurnya adik aku yang sorang ni pegi jugak. balik je dia dari kedai sampai 2 paket ibu roti dia beli.Aku pun tanya ar mak kat mana tepung n sebagainya.Than setelah menguli2 sambil mak st jadi tukang teka2 kuih apa St nak buat. At last siap...inilah hasilnya.bleh ar tahan.yum3...
Cerita plak pasal kambing boer n lembu yang ayah St mula bela.semakin menjadi nampaknya.Walaupun tak lah banyak mana.Maybe hajat St untuk jadi penternak berjaya berbekalkan pengalaman yang ade ni Abah dah mulakan dulu.Bagi sesape yang blur2 apa tu kambing boer, ni la sejenis kambing yang telinganya besar n badan agak besar berbanding kambing biasa.Memang best layan lembu2 n kambing2 ni.Hopefully cepat membiak
. Kat kampung jugak aritu...biasanya kami akan kumpul semua adik beradik 1st posa n last posa...tapi tahun ni lain sikit...semua ade hal masing2, so kami berkumpul awal.dalam 28 hb tu semua dah ade kat rumah..Yop bawak baby Nurul, ala tomey2. dah besar ko ye.dah ade gigi 2 batang plak tu.Macam arnab, meh uncle nak cabut.kik2.Than biasa la cucu kesayangan tok, balik walaupun cuma 3 hari tapi St tak lepas peluang borak2 ngan tok sambil urut2 ngan tanga dia yang penuh ngan kedutan perjuangan zaman jepun dulu.hum..Tu la serba sedikit kisah St balik kambing...cam nak balik tiap2 mingu je rasanya bulan posa ni..korang aper pulak cerita balik kampung...meh kongsi ngan St..
St

Wednesday, September 3, 2008

Selamat Menyambut Ramadhan Al_Mubarak


Ramadhan telah pun menjelang...St harap semua dalam keadaan sihat hendaknya...sama2lah kita memperbanyakkan amalan di bulan yang mulia ini.Sucikan diri dari dosa, bersama kumpul pahala.Amin... St