NAK SIGN...GUEST BOOK

Thursday, August 28, 2008

Ho..Ho...Balik Kampung !


Yeah2 balik kampung...seronoknya.

So korang pandai2 la bawak diri ye...Tq masih sokong St.

myself,Datuk, melati,cj7,St,myst3,mierol,lily....jaga diri baik2 okay.

maybe 2 3 hari kot St tak on9..

papai all my dear...muuuuuuuuuuuuuuuah, sedap

St!

Lagu Kita - Aizat

St percaya semua orang ader lagu masing2 (lagu favourite)... Mesti selalu kita dengar ayat2 macam ni..." hah... ni lagu aku dah kuar...senyap2 "
Pastinya semua lagu tu menimbulkan banyak kenangan sampai kita akan tergila2...
Macam tu jugak ngan St...ader lagu St sendiri...

Lagu Kita - Aizat

Deras hatiku berdetar
Di langit aku terlihat kamu
Terang malam,teman kita
Dengan angin meniup sayu

Ku petik gitar akustik ini
Dengan harapan dia mendengar
Melodi indah yang ku cipta
Hanya untuk luahkan rinduku padanya

Dan aku terus,
Menyanyi lagu ini untukmu,
Walau berjuta mendengar,
Lagu ini hanya untukmu,
Arah hidup kita,
Digambar bintang di angkasa
Dan berkelip melukis cinta
Terciptalah lagu kitaSt

Wednesday, August 27, 2008

Kalau Orang Dah Tak Suka Tak Apa

Selamat pagi semua...
memang menyedihkan bila dapat shout yang macam ni kan...

"


26 Aug 08, 18:32
><>: sory. aku dh jd xsuke blog ni...dlu ia hny tuk luahan prasaan n ko ckpkit br2 je yg thtntg blog ni...ok aku xksh...ari2 aku tgk..pas2 tmbh org bru i's ok skrg dh bkn mcm dlu...dh jd ntah apa2

26 Aug 08, 18:32
><>: aku bkn x hrgai..bgs ko leh bt mcm2..ko xkntnsion.tp aku xkn bukadh...soryk.

26 Aug 08, 18:32
><>: aku mintak maaf bnyk2 "

Tapi...itulah dunia blog, ada orang suka, ada yang tak. yang suka boleh jadi tak suka, n yang tak suka mungkin akan mula suka...mula suka atau mula benci, itulah dunia blog.
St terima itu semua seadanya, St jugak makhluk tuhan yang penuh dengan kelemahan. Hope yang lain akan terus sokong St. N buat ><> , St tak pernah halang untuk ko lawat blogg wat masa2 akan datang..
wassalam...
St

Monday, August 25, 2008

Cerpen: Banyak Bulu

Cerpen: Banyak Bulu !

Karya: Aka3k

St’s Comment: tergelak2 aku baca cerpen ni…memang best untuk org yang susah nak gelak or tgh ader problem…

"tak nak! Tak nak! Hajar tak nak! Dia banyak bulu. Hajar geli" aku terus meronta. Mak dan akak tak penat-penat menolak badan aku yang montel ni. Hish diorang ni.. aku cakap tak nak, tak nak la. Tak paham kot. Aku boleh je tido kat sofa malam ni. Tak kuasa aku nak tido dalam bilik tu. ada gorila!

"hah! Jangan nak buat pasal. Apa kata sedara-mara yang ada kat bawah nanti? Nak malukan mak dan ayah?" kata ibu dinasour yang merangkap kakak aku tu. menyibuk betul minah ni. Time dia dulu aku tak penah tolak pun dia masuk bilik duduk dengan abang Jeff. Yelah, dah dia hilang awal-awal lagi lepas isyak. Mana aku ada chance nak tolak dia!

"masuklah adik.. abah dah ngantok ni. Takkan adik nak tido kat stor pulak? Masuk ya.." kedengaran suara abah di belakang aku. Semua tolakan dari mak dan akak terhenti. Aku pun diam. Kecut beb! Takut kalau abah marah. Aku terus anggukkan kepala dan masuk ke dalam bilik tidur ku.

Alahai.. apalah nasib aku.. bab lain aku boleh handle. Tapi kalau bab nikah kawin ni aku lemah skit walaupun sekarang aku dah pun bergelar seorang isteri kepada gorila. Malang betul nasib aku!

Kenapalah dalam banyak-banyak lelaki dia ni yang diterima abah? Nak kata baik, tak pun. Handsome? Lagilah tak! Yang pasti dia ni banyak bulu. Tu pun aku tertengok waktu dia nak nak cium dahi aku. Mak aih.. siap berjambang lagi. Tak pernah bercukur apa mamat ni. Aku rasa kutu pun tak nak duduk kat dalam tu. sesat katanya.. Hish.. geli aku!

Malam tu aku tertido di bawah katil bilik aku. Takut siot! aku Cuma tersedar pada keesokkan pagi. Tu pun gorila tu yang kejutkan. Wat malu aku je. Dia ternampak air liur basi aku yang keluar. Siap tolong lap dengan stokin yang dia pakai semalam lagi. Tak pe ngko. Malam nanti aku letak underwear aku yang dah pakai kat muka ko pulak!

Kehidupan aku makin berserabut sebab kena tinggal dengan mamat ni kat rumah flatnya. Aku bukannya ada duit nak sewa rumah lain so cara termudah adalah tinggal kat rumah mamat ni. Dengan syarat, aku kena cuci semua pakaiannya dan masak. Iron baju? Dia sendiri. Aku tak reti iron. Selama ni pun aku tak penah iron baju. Keja aku senang. Tak payah iron baju. Aku Cuma pakai seluar jeans dan t-shirt je pegi kerja. Kalau iron pun, tudung je.

Mamat ni bekerja sebagai accountant. Tapi serabai tok sah cakap arr.. memang macam gorila. Aku tak penah sembang dengan dia. Aku just tulis note dan tampal kat peti sejuk kalau nak berintreraksi.

Tapi satu pagi tu, tengah aku kelam kabut nak gi studio, mamat ni wat pasal pulak. Dia demam. tak pasal aku kena mintak cuti. Aku masak bubur, lapkan badan dan ada satu kesilapan aku buat. Aku rasa tak lah besar sangat. Tapi mamat ni alah betul. Aku terbagi ubat cacing kat dia. Aku konpius la. Banyak sangat ubat kat dalam peti sejuk tu. aku tersalah amik la. Lepas tu, mamat ni cirit-birit pulak. Tambah lagi seminggu cuti aku..

Nasib baik aku punya junior boleh handle sesi fotografi tu. tak sia-sia ku jadi cikgu yang baik selama ni.hehe..

Lepas seminggu, aku terus menjalankan kerja yang aku tinggalkan selama ni. Rindu beb nak pegang kamera tu. dulu belajar penat-penat, sekarang baru rasa puas hati bila dapat amik gambar yang paling baik.

Sedang aku lapkan kamera kesayanganku, si gorila tu keluar. Fullamak bro! dia dah tak jadi gorila la.. dah jadi Shaam. Hero tamil yang paling aku minat. Aku terus amik gambar dia. Muka dia memang terkejut gila bila nampak flash dari kamera aku.

"ko apahal? Apsal amik gambo aku?"

"hek eleh.. perasan tol! Aku nak test kamera aku boleh guna or tak. Wat pe nak amik gambo ko. wat rosak kamera aku je."

Mamat tu terus blah. Fuhh! Nasib baik sempat cover. Kalau tak, wat malu je. Aku terus cuci gambo mamat ni. Hensem gak dia ni. Tapi apsal dia buang semua bulu alias (@) jambang dia tu? konpius otak aku. Tapi tak kisah arr.. yang penting aku tak geli sangat dah.

"woi Hajar, ada bungkusan kat atas meja ko. bukak arr cepat. Aku nak tengok." Aqmar si murai tu menggamitku ke meja.

Perlahan ku buka kotak tu. macam hadiah best je. Tapi..

"arghhhh!!!!!" spontan aku dan Aqmar menjerit. Terloncat katak gemuk plastik dari kotak tu. aku lantas mencari kad yang dikirim.

Untuk si Hajar montel,
Thankz coz jaga aku sepanjang aku sakit.
ni hadiah utk ko. thank u very much..
Sincerely,
Fazrul Ahmad

Ikhlas konon! Ni perli namanya. Aku terus mencampakkan katak tu ke dalam laci. Hee.. geli aku. Aqmar terus blah dari tempat aku. Dia pun alergi gak ngan katak. Bagus jugak ada katak ni. Senang skit nak halau Aqmar.

Aku terus telepon gorila tu. aku tarik balik kata-kata dia handsome tadi!

"woi mangkuk! Ko apahal? Nak cari gaduh ke? Apsal hantar katak pepagi ni? Dah tak da kerja lain?" terdengar ketawa Fazrul. Sebijik macam kena rasuk.

"rileks la montel. Aku bagi sebagai tanda terima kasih aku kat ko. sepatutnya ko cakap welcome kat aku tau. Bukan marah-marah macam ni..hahaha"

"bengong punya mamat. Nanti la, malam nanti aku rebus air barli yang ko suka tu dengan peluh aku. Biar ko minum!"

"jangan risau.. malam ni aku tak balik. Petang ni aku fly ke Korea. Ada kursus. Bye montel.. hahaha.. cita-cita ko tak kesampaian.. hahaha.."

Hantu betul mamat ni. Jaga ko.. nanti kalau aku jumpa ko, aku baling ular hidup pulak kat ngko!

Fazrul balik selepas seminggu. Aku dah tido malam tu. dia masuk senyap-senyap ke dalam bilik aku dan letakkan hadiah di meja solek. Pagi tu aku menjerit lagi. Mamat ni bagi potret muka aku berbadan katak pulak. Arghhhh tensionnya aku!

Aku pulak yang kena outstation seminggu kat Indonesia. Tapi tak pe, selagi aku tak balas apa yang gorila tu buat, aku berikrar pada diri aku sendiri yang aku takkan naik flight ke Indonesia.

Pagi tu, di meja sarapan aku khabarkan bahawa aku akan ke Indonesia kepada si gorila. Dia diam je dulu. Lama lepas tu baru dia cakap.

"gi la lama mana pun. Aku tak kisah. Aku benarkan. Janji ko jangan wat maksiat dah. Aku tak nak tanggung dosa ko. bila ko nak bertolak?"

"Lusa"

Aku tengok Fazrul enak menikmati hidangan pagi tu. Alhamdulillah.. terbalas jugak dendam aku kat dia. Aku terus keluar mendapatkan motosikal kesayanganku. Tetiba..

"woi Hajar! Apa ko bubuh dalam kopi aku ni? Kenapa ada bangkai cicak kat dalam cawan ni? Woi! Woi! Aku tak habis cakap lagi!"

Aku terus pecut motor sambil ketawa macam langsuir.. hahaha! Padan muka. Aku tak dapat nak bagi ular hidup coz aku geli nak pengang. Tapi aku berani pegang cicak, so aku bagi cicak la kat ko.. hahaha

Konpem ko kena cirit-birit balik. Hahaha.. kali ni ko jaga diri sendiri! Aku nak fly dah..babai..

Hishh.. rasa rindu la pulak kat montel ni. Kenapa dia tak tepon langsung? Tak ingat kat suaminya yang kacak lagi macho ni ke? Hishhh… budak ni. Bikin hati gua jadi serabut aja! Tepon la aku wahai montel.. rindu nak usik ko.

Aku suka tengok muka ko yang cemberut tu bila kena usik. Dah la montel. Comel pulak tu. harap-harap tak da mamat yang berkenan kat bini aku yang satu ni. Walaupun niat hati aku nak tambah bini.. tapi terpaksa aku kuburkan aje.. sebab hati aku Cuma ada si montel ni. Kalau Beyonce cakap nak kat aku sekalipun, aku tetap cakap tak nak. Sebab si montel ni jugak. Patutnya si montel ni bersyukur tau dapat suami yang setia lagi penyayang macam aku ni.. chewah! Hish…… wei montel... cepatla tepon aku! Hati ku bagai nak gila ingat kat ko ni. Kenapa aku tepon ko tak angkat?!!

Hajar kembali selepas seminggu. Fazrul terus meluru ke biliknya pagi tu.

"woi montel, kenapa tak bangun lagi? Ko demam ke?" Fazrul terus menyentuh dahi Hajar. Tak panas pun. Lantas dia memaksa Hajar membukakan mata.

"ko nak apa ni? Aku dapat cuti hari ni. Jangan la ganggu aku. Aku nak tido. Ko punya sarapan ada kat atas meja. Jangan risau, aku tak letak apa-apa hari ni. Pegi la makan. Nite" Hajar terus menyambung tidurnya. Fazrul terus berlalu.

Tetiba Fazrul pusingkan kembali badannya dan berjalan ke arah Hajar yang sedang tido. ‘Muahhhhhh’…. Hah! Dah terlepas rindu aku! Mata Hajar lantas terbuka.

"apa ni?! Kenapa ko cium aku? Eee… geli la!" Hajar mengosok-gosok pipinya.

Fazrul ketawa. "dah ko tak hantar khabar berita. Ni hukumannya sebab bagi aku risau"

"alah! Hari tu ko gi outstation pun bukan ko bagi tau aku."

"dulu lain, sekarang lain. Lepas ni mana ko nak gi sekalipun mesti bagi tau aku. Mesti laporkan kat aku setiap pagi dan petang. Ok?"

"ok kepala hotak ko! dah la. Gi arr blah cepat! Aku nak tido ni"

Hari demi hari yang berlalu selepas itu makin memeningkan kepala Hajar. Di mindanya sering tertanya-tanya kenapa tingkah laku Fazrul dah berubah. Makin romantik sampai kekadang tu nak termuntah bila dengar dia panggil namanya. Kena sampuk ke mamat ni?

Darling.. sweetheart.. sayang.. dear.. dan macam-macam lagi. Hah elok sangat la tu. bila dia panggil aku ‘darling’ aku baling kasut kat dia. Bila dia call aku ‘sweetheart’ aku bagi garam kat dia dan bila dia panggil aku ‘sayang’ aku pun melayangkan buah epal kat muka dia. Padan muka! Dan bila last skali dia panggil aku ‘dear’ aku jawab "apa ko ingat aku ni rusa ke? Buta betul!"

Selepas tu Fazrul Cuma panggil aku dengan panggilan ‘Hajar’ aje.

Weekend ni kami kena balik rumah family Fazrul. Leceh la.. mesti kena tido kat dalam bilik yang sama. Susah aku nak salin baju nanti.

"woit! Try ko pakai baju ni" Fazrul meletakkan baju berwarna hitam di sebelah aku.

"ko gila ke apa? Kenapa nak suruh aku pakai baju tido ni. Seksi giler! Lengan dia ni gi mana? Ko makan ke?"

Fazrul ketawa. Aku membaling baju tu ke badannya dan terus turun ke bawah. Nak tengok bulan. Malam ni genap 15 haribulan Muharram. Bulan mesti cantik. Aku hanya naik tido tepat pukul tiga pagi.

Baru aku hendak lelapkan mata, tangan Fazrul memeluk pinggangku. Aku tergamam. Apa mamat ni nak buat? Dia ni sedar ke tak?

"kenapa lambat sangat naik? Abang tunggu Hajar lama tadi"

Badanku terus keras macam patung. Takut beb! Terkejut pun ada. Ni kali pertama Fazrul sentuh aku selepas dia cium aku hari tu. tu pun dia dapat cium coz aku tak sedar. Kalau aku sedar, memang makan penendang dah!

"kalau abang mintak hak abang malam ni boleh tak?" Fazrul cuba memusingkan badanku menghadapnya.

Panik. Aku pejam mata kuat-kuat dan cepat-cepat menggelengkan kepala. Rasa macam nak pecut seribu meter je sekarang ni. Fazrul ketawa melihat reaksiku.

"tak pe. Abang tak paksa. Abang akan tunggu Hajar sampai Hajar betul-betul bersedia"

Kami kembali bekerja seperti biasa. Aku jadi takut nak balik lepas malam tu. aku Cuma akan sampai kat depan pintu rumah selepas tengah malam. Aku tunggu Fazrul tido dulu baru aku masuk. Dah lama aku tak bercakap dengan dia. Rasa janggal nak bersembang dengan dia macam dulu. Segan plus malu plus kelu equal hatiku celaru!

Satu malam tu, Fazrul tunggu aku balik. Dia tutup semua lampu. Aku ingat dia dah tido malam tu tapi tidak rupa-rupanya… waduh! Bagaimana harusku berdepan dengan mamat yang selama ini kupanggil gorila tapi semakin mendapat tempat dalam hatiku ini?.. chewah.. bermadah pujangga pulak hati aku saat-saat ni. Haru betul!

"kenapa macam larikan diri dari abang ni? Abang takutkan Hajar atau abang ada buat salah kat Hajar?"

Aku gelengkan kepala dan tunduk aje. Walaupun aku tengah duduk kat depan Fazrul sekarang ni, tapi aku rasa macam tengah berdiri berjam-jam. Kaki aku terasa krem dan tak leh gi mana-mana dah.

"apa salah abang?" aku geleng lagi.

"kalau abang tanya, jawab! Jangan diam aje. Bisu ke?!"

Terkejut. Bagai nak luruh jantung aku malam tu. air mata aku yang selama ni tak penah keluar tetiba laju aje nak keluar. Dan aku rasa macam nak meraung je bila Fazrul tengking aku macam tu. sedih betul.

Tetiba dia memeluk dan pujuk aku. Tangisan aku ni pun satu, cubalah diam. Ni tak, lagi kuat adalah. Aku tak mampu nak kawal diri aku yang menangis malam tu. selepas sejam, aku mula cool skit. Aku angkat kepala dan melihat mata Fazrul.

"Hajar tak larikan diri dari abang. Ta…pi Hajar takut dan bercelaru. Otak ni rasa macam nak rebus dalam periuk aje wat sup. Mana Hajar pegi, Hajar nampak abang. Hajar tak tau kenapa Hajar jadi macam ni. Bila Hajar nampak abang, Hajar rasa nak menangis sebab Hajar tak tau apa perasaan Hajar bila nampak abang.."

Fazrul senyum. "tu maknanya Hajar dah jatuh cinta kat abang. Hajar, kalau dah jatuh cinta, berterus teranglah dengan abang. Ni tak, kelakuan Hajar buat abang tertanya-tanya apa salah abang kat Hajar"

Kami terus duduk di hadapan televisyen yang tak hidup tu. hampir tiga pagi baru kami masuk bilik untuk tidur.

"Hajar.. malam ni pakai baju yang abang bagi hari tu boleh?" mukaku terus panas.

"boleh. Dengan syarat abang pakai baju lengan panjang malam ni"

"mana ada orang tido pakai baju lengan panjang malam-malam ni. Lagipun bukan musim hujan sekarang ni"

"tapi Hajar geli la dengan abang. Banyak bulu. Rasa macam tido tepi gorila je." Aku terus berlari ke dalam bilik bila melihat muka geram Fazrul.. hahaha! terucap jugak kenyataan yang dia ni gorila..

"Hajar! Buka pintu ni! Kalau tak abang tutup lampu"

Aku terus mambuka pintu sebab aku takut gelap. Ni memang kelemahan aku!

"ooo… kata abang gorila.. rasakan ni!" Fazrul terus memelukku erat sehingga aku kelemasan.

"abang! Abang! Hajar lemas. Ok, ok. Hajar janji tak panggil abang gorila dah lepas ni. Tapi dengan syarat abang kena cukur jambang abang tiap-tiap hari. Hajar geli bila abang cium Hajar macam ni"

Fazrul Cuma ketawa bila aku cakap macam tu.. haii.. nasib baik gigi dia teratur. Kalau berterabur atau rongak, aku suruh dia gelak or senyum tutup mulut jugak gamaknya.. hehe

Anyway.. aku dah tak gelar Fazrul gorila dah lepas tu. Cuma aku selalu panggil dia orang utan je. Hehe.. semoga perkahwinan kami ni sentiasa kekal bahagia walaupun hari-hari kami berperang sebab Fazrul usik aku.. tapi aku tetap sayang dan suka dia.

Thank you Allah.. sebab kurniakan pasangan yang memahami macam Fazrul… alias orang utan ni..hehe.. aku gelar dia macam ni coz dia suka panggil aku kodok.. hah! Memang padan la orang utan tu dengan dia.

Harap-harap baby yang bakal lahir ni tak ikut perangai dia. Kalau tak.. aku rasa aku bakal mati sebab sakit jantung kot dengan perangai diorang ni nanti..

posted by BLOGGER @ 3:50 AM


St

cerpen: Bila dua Hati Berbicara

Cerpen: Bila Dua hati Berbicara

Karya: Che

St's comment: memang menarik, walaupun boleh diagak jalan ceritanya, tapi memang layan untuk dibaca

Angin petang bertiup perlahan seolah-olah mengalunkan suatu lagu indah. Air di tasik sesekali berkocak menandakan hadirnya kehidupan makhluk ciptaan tuhan di dasarnya. Bunyian kicaun burung kekadang memecahkan kesunyian petang. Dan turut kedengaran sahutan bunyian cengkerik yang seolah-olah menggambarkan wujudnya satu persaingan antara mereka. Suasana yang mendamaikan ini menjadi pilihan kepada mahasiswa mahupun mahasiswi untuk merehatkan minda. Sejak tadi lagi kelihatan mereka berjalan-jalan sambil berborak kosong. Ada juga yang duduk bertenggek di tepian tasik. Memerhatikan gelagat-gelagat manusia yang pelbagai ragamnya. Di suatu sudut kelihatan dua insan yang sedang leka merenung irama air di tasik. Sesekali mereka memandang sesama sendiri. Kelihatan suatu penyeksaan dan penanggungan yang maha hebat terbit dari sinar mata pandangan itu.

" Awak!!! Saya dah beritahu pasal hubungan kita kat mama. Saya juga dah terangkan kat mama apa yang telah berlaku kat awak." Fatiha memulakan bicara.

Fazhan menghela nafas panjang. Ditenungnya wajah Fatiha dengan nada yang sayu. Setelah lama mendiamkan diri, dia bersuara.

" Apa kata mama? Dia menghalang tindakan saya kan?

" Awak, mama tidak pernah menghalang hubungan yang terjalin antara kita. Dia merestui hubungan kita. Tapi…" Fatiha hilang kata-kata.

" Tapi apa Fatiha? Apa? Teruskan kata-kata awak…" Balas Fazhan dengan nada mengharap.

Fatiha diam sejenak. Dia menarik nafas yang panjang. Cuba mengumpulkan tenaga. Kelihatan berat benar lidah dia untuk menuturkan bicara yang seterusnya. Dia melemparkan pandangan jauh-jauh ke tengah tasik. Tasik buatan manusia di kolej itu.

"Awak…Kenapa awak tak mahu mengulang pengajian? Mungkin awak akan mendapat keputusan yang lebih baik selepas ini. Kenapa awak? Mama terkejut bila mendapat tahu keputusan peperiksaan awak yang sangat teruk tu. Awak tahu tak mama menganggap hubungan ni yang menjadi punca utama kepada kemerosotan keputusan peperiksaan awak. Awak… Awak mengulang pengajian ya!!! Mana tahu keputusan awak akan lebih baik nanti." Sambung Fatiha panjang lebar.

" Fatiha, dengar sini. Saya dah buat keputusan untuk tidak mengulang pengajian ni. Saya dah penat. Saya rasa itu bukan penyelesaiannya. Awak sendiri tahukan yang saya mendapat tawaran untuk belajar di Indonesia selama lima tahun. Kursus yang ditawar pun memang merupakan kursus yang saya idam-idamkan selama ni. Saya takkan mengsia-siakan peluang ni." Balas Fazhan kemudian.
" Tapi awak, kursus itu tiada jaminan pekerjaan. Pengajian penulisan dan kesusasteraan melayu. Itu kursus sastera. Persoalannya, berapa ramai yang berjaya hidup senang jika menceburi bidang tu? Saya faham perasaan awak. Saya tahu awak memang berminat dalam bidang kesusasteraan sejak dulu lagi. Tapi, masa depan awak tidak menentu. Saya rasa lebih baik awak mengulang pengajian. Mungkin awak bakal mendapat keputusan yang cemerlang dan seterusnya bergelar seorang doktor seperti saya sedikit masa lagi. Awak…Saya akan sentiasa menyokong awak. Please…Awak mengulang ya!!!" Nasihat Fatiha bersungguh-sungguh.

" Tidak Fatiha! Tidak!!! Saya tetap dengan keputusan saya. Biarlah awak seorang saja yang bergelar doktor. Saya tidak berminat. Maafkan saya." Balas Fazhan memuktamadkan keputusannya.

" Tapi awak…Macam mana dengan hubungan kita? Takkan awak nak tinggalkan saya begitu saja? Lima tahun cukup lama awak. Awak tak sayangkan saya ke?" Air hangat mula bergenang di tubir mata Fatiha.

Dalam tangisan yang semakin menjadi-jadi, dia menambah. " Mama minta saya lupakan awak andai awak meneruskan niat untuk menyambung pengajian di sana. Katanya, lima tahun adalah tempoh yang sangat lama. Banyak perkara yang bisa berlaku. Dia juga tidak mempercayai kesetiaan awak terhadap saya. Mungkin di sana nanti awak akan ketemu dengan orang lain. Dan saat itu, awak akan buang saya jauh-jauh dari hati awak."

Fazhan merenung mata Fatiha. Terbit kata pengharapan di sebalik sinaran mata itu. Pengharapan yang sangat tinggi. Mengharapkan insan yang tersayang tidak meninggalkanya dan berada dekat di bayangan mata ini. Fazhan mencari-cari kata yang sesuai untuk dituturkan. Dia diam sejenak. Lidahnya kelu tiada mampu berbicara.
Setelah agak lama membisu, dia gagahkan diri untuk bersuara.

" Fatiha, tenung dan percayalahlah kataku ini. Ketahuilah yang saya sangat mencintai awak. Saya takkan lupakan hubungan yang telah terjalin sejak sekian lama ini. Percayalah Fatiha. Saya sangat menyayangi awak. Dan sejujur hati saya, saya akan mempertahankan perasaan ini. Walau apapun yang berlaku, awak tetap di hati saya. Saya sanggup berpisah buat sementara. Fatiha, tolonglah faham. Ini peluang keemasan saya untuk mengembangkan bakat saya dalam bidang ini. Saya janji, suatu hari nanti, saya akan menjadi seorang penulis terkenal. Ini bidang saya. Dunia saya. Selama ni, saya dipaksa mengambil bidang perubatan oleh kedua orang tua saya. Dan sekarang, lihat apa yang telah terjadi pada keputusan peperiksaan akhir saya." Panjang penjelasan yang keluar dari mulut Fazhan pada petang itu.

Fatiha merenung mata Fazhan. Mungkin mencari sinar keikhlasan di sebalik mata itu.
" Awak…Saya anggap kata-kata awak itu sebagai satu janji. Suatu hari nanti, saya akan tuntut semua janji-janji ini.", Balas Fatiha dengan kata yang penuh makna tersirat.

----------------------------

Suasana di malam graduasi kolej pada malam itu begitu meriah. Mahasiswa dan mahasiswi kelihatan mengenakan pakaian yang begitu bergaya. Mungkin kerana malam ini adalah malam terakhir bagi mereka. Senyuman jelas terukir di bibir. Kelihatan pasangan-pasangan bahagia mengambil gambar kenang-kenangan bersama. Mungkinkah ikatan kasih yang dibina selama berada di sini akan berkekalan jua saat perpisahan berlaku nanti? Itulah persoalan yang sering meruntun dalam benak fikiran mereka. Esok, perpisahan itu bakal terjadi. Mereka akan berpisah dan seterusnya membawa haluan masing-masing. Ada yang telah pun ditawarkan pekerjaan. Ada juga yang menunggu tarikh untuk ditemuduga. Apa yang pasti ialah kehidupan sebagai remaja di kampus akan ditinggalkan. Mereka bakal melangkah ke dunia baru. Dunia kehidupan dewasa yang menemukan mereka dengan kehidupan bermasyarakat dan sudah pasti segala perangai dan kerenah di zaman remaja akan dilupakan. Memulakan kehidupan baru yang lebih matang sudah semestinya mencabar dan menguji kekuatan setiap ciptaan yang bergelar manusia.

Acara pada malam itu sememangnya diatur sejak awal lagi. Berbagai acara seperti persembahan koir, nyanyian, bacaan sajak, dan pertunjukan pentas bakal menemui para mahasiswa mahupun mahasiswi pada malam itu. Fazhan pula telah pun bersiap sedia untuk menyampaikan satu persembahan istimewa. Dia bakal menyanyikan sebuah lagu. Lagu yang dicipta sendiri olehnya. Mungkin lagu ini bakal didendangkan buat insan tersayang dalam hatinya. Buat Fatiha…

" Lagu ini ku tujukan buat insan tersayang yang sentiasa ku cintai. Ketahuilah wahai sayangku, aku amat mencintaimu. Aku akan merinduimu di sana. I love you Fatiha…

Terimalah Janji Perpisahan…"

Janji perpisahan
Kudendangkan pada malam yang hening
Moga kau mendengarnya
Moga kau menghayati bait-bait liriknya

Ku tabur
Satu janji perpisahan
Agar kau kenang
Sepanjang pemergianku

Duhai sayangku
Jangan kau tangisi pemergian daku
Jangan kau ratapi perpisahan ini
Kerana aku sentiasa di sisi
Menemanimu
Walau bayangmu tiada di mataku

Ku janji
Suatu masa nanti kan ku kembali
Dekat di sisi dirimu
Kan ku bawamu
Ke lembah cinta yang kita bina sedikit masa lalu
Kan ku temanmu
Di kala tawa dan duka yang menjelma

Suatu janji perpisahan
Ku tinggalkan di sini
Agar menemani citramu
Saat pemergian aku nanti
Ku janji
Suatu saat nanti kitakan bersatu…


Di suatu sudut, kelihatan seorang gadis berkebaya biru tunduk merenung lantai yang kosong. Menghayati bait-bait lagu yang meniti di bibir Fazhan. Suasana dewan yang tadinya bising dan riuh-rendah dengan gelak tawa kini bertukar menjadi sepi. Sunyi. Mungkin mereka turut menghayati bait-bait lagu indah yang mengandungi suatu janji yang keluar dari hati yang ikhlas. Gadis berkebaya itu pula masih menunduk. Tiada berani olehnya untuk menatap wajah Fazhan yang berada di atas pentas. Hatinya sebak. Air jernih yang tadinya hanya bergenang di kelopak mata kini mulai turun membasahi pipi. Itulah air mata sebuah cinta. Mungkinkah air mata itu akan mengalir dan terus mengalir? Mungkinkah duka itu akan terus hadir dalam hati dua insan ini? Hati Fazhan mahupun Fatiha? Atau duka itu bakal bertukar sebuah kegembiraan? Hanya masa yang menentukan kesudahannya.


5 TAHUN KEMUDIAN


" Abang!!! Tolong belikan novel terbaru karya Fathan Pujangga ye!!! Urm.. Tajuk novel tu ‘Antara Dua hati’. Tolong beli ya!!!

"Abang ada mesyuarat hari ni. Kalau pagi mungkin tak sempat. Petang bolah kot."

"Alaa, abang ni. Tolong la beli. Fatiha teringin sangat nak baca karya terbaru dia. Semua karya-karya dia best tau. Abang je yang tak pernah nak baca."

" Abang ni mana la ada masa nak baca benda-benda yang macam tu. Kerja kat pejabat tu bertimbun tau. Ni pun abang tengah sibuk nak uruskan pasal projek syarikat kita kat Sepang tu. Tapi Fatiha jangan bimbang ya!!! Abang akan belikan novel yang Fatiha pesan tu. Untuk isteri abang yang tersayang, abang sanggup buat apa saja tau." Tuan Helmi sempat bergurau dengan isterinya sebelum melangkah masuk ke dalam kereta. Kemudian, kereta itu berlalu meninggalkan Fatiha dan kondominium mewahnya. Fatiha hanya mampu tersenyum dari jauh. Melihat suaminya menghilang di kejauhan.
Fatiha dulunya bekerja sebagai doktor di salah sebuah hospital kerajaan di Bangi. Namun, sejak menjadi isteri kepada Tuan Helmi tiga tahun yang lalu, dia telah berhenti kerja kerana ingin menumpukan perhatiannya kepada keluarga. Kehidupannya boleh dikategorikan sebagai mewah. Tuan Helmi memiliki sebuah syarikat yang membekalkan aksesori kereta yang terbesar di Malaysia. Tuan Helmi juga mempunyai pengaruh yang besar terutama dalam sektor korporat. Sedikit masa lagi mungkin beliau bakal bergelar seorang usahawan Melayu yang cukup berjaya. Hal itu tidak mustahil jika dilihat dari segi pencapaiannya dalam bidang korporat pada waktu ini.
Fatiha yang hanya menguruskan hal ehwal rumah tangga kekadang sunyi kerana ditinggalkan bersendirian. Mulai dari saat itulah dia meminati novel dan boleh dikatakan setiap hari novel-novel dari penulis tempatan mahupun antarabangsa akan menjadi temannya. ‘Fathan Pujangga.’ Seorang penulis yang kian meningkat naik dalam bidang kesusasteraan di negara ini. Setiap karya dari beliau begitu menyentuh hati dan sanubari. Fatiha sememangnya tidak pernah ketinggalan untuk mendapatkan setiap karya terbaru dari penulis itu. Namun, sehingga ke saat ini, wajah Fathan Pujangga tidak pernah dilihatnya. Malahan nama sebenar beliau juga seolah-olah dirahsiakan. Mindanya sering bertanya siapakah Fathan Pujangga. Hatinya pula bagaikan membuak-buak untuk mengenali penulis itu dengan lebih rapat.
" Fathan Pujangga. Siapakah kau?" Inilah persoalan yang sering meruntun fikiran Fatiha sejak dia membaca karya pertama penulis itu.

-------------------

" Abang!!! Teman Fatiha pergi ke Dewan Bahasa dan Pustaka esok ya!!!"

"Buat apa?"

Abang tak baca ke risalah tentang Fathan Pujangga time abang beli novel terbaru dia ni?
Risalah ni ada disertakan bersama novel yang abang beli petang tadi tau."

"Iya…Abang tau. Tapi risalah tu tentang apa? Abang perasan cuma tak sempat nak baca je."

"Esok, Fathan Pujangga adakan sidang akhbar kat Dewan Bahasa dan Pustaka. Nak promosi novel terbaru dia ni laa. Jom la kita pergi ya bang! Fatiha dah lama teringin nak jumpa dia. Kita pergi ya!!!" Fatiha berkata penuh pengharapan.

" Urm…Mungkin abang boleh pergi. Tapi lewat sikit kot. Macam ni laa. Fatiha pergi dulu, dan kalau sempat, abang akan menyusul kemudian. Esok abang ada mesyuarat. So, kalau mesyuarat tu habis awal, boleh la abang pergi ya sayang!!!"

" Urmm, tak pe la bang. Kalau abang sempat, abang pergi la". Balas Fatiha seolah-olah merajuk.

KEESOKANNYA…

Suasana dewan dipenuhi dengan para wartawan dan orang ramai sejak awal pagi lagi. Masing-masing kelihatan teruja kerana inilah kali pertama mereka akan menatap wajah seorang penulis yang semakin terkenal ini. Sebelum ini, Fathan Pujangga sentiasa merahsiakan identiti beliau yang sebenar. Dan inilah kali pertama beliau membuat kemunculan sulung di khayalak ramai. Mungkin beliau mempunyai alasan tersendiri atas tindakan ini. Karya-karya Fathan Pujangga sememangnya mempunyai nilai artistik yang tersendiri. Malahan karya-karya itu juga begitu menyentuh hati dan sanubari. Ramai pembaca yang mengakui mereka kekadang menangis tatkala membaca babak-babak sedih yang dimuatkan dalam karya beliau. Pendek kata, karya beliau cukup hebat kerana bisa meninggalkan kesan mendalam dalam hati setiap pembaca.

Fatiha dari pagi lagi sampai di dewan tersebut. Matanya melilar mencari bayang itu. Bayang Fathan Pujangga. Dari semalam hatinya berdebar. Dan semalam juga tidurnya tiada lena. Berbagai persoalan yang menjelma dalam kotak fikirannya. " Siapakah Fathan Pujangga? Mengapa hati ini bagai memberontak untuk menemui mu? Siapa kau Fathan?"

" Tuan-tuan yang dihormati sekalian, sebelum sidang akhbar diadakan, kita bakal mendengar sedikit ucapan dari saudara Fathan Pujangga. Pihak Dewan Bahasa dan Pustaka berasa cukup bertuah kerana saudara Fathan bersetuju untuk menyampaikan sepatah dua kata pada pagi ini. Sebelum itu, kepada pihak wartawan, diharap anda semua tidak mengutarakan soalan semasa ucapan dari saudara Fathan sebentar lagi. Pihak wartawan hanya dibenarkan mengemukakan soalan semasa sidang akhbar yang bakal berlangsung selepas tamat ucapan dari saudara Fathan nanti. Jadi,tanpa melengahkan masa, saya selaku pengerusi majlis pada pagi ini, dengan sukacitanya menjemput saudara Fathan Pujangga naik ke atas pentas untuk menyampaikan sepatah dua kata. Dipersilakan…"

Mata Fatiha tepat memandang ke susuk tubuh itu. Direnungnya wajah pemuda itu. Dalam dan semakin dalam. Bibirnya bagaikan ingin mengungkapkan sesuatu. Namun, suaranya bagaikan tersekat di halkum. Dadanya pula mulai berdebar kencang…

" Assalamualaikum…

Terima kasih saya ucapkan terutama kepada pihak Dewan Bahasa dan Pustaka, para wartawan dan hadirin sekalian.

Cinta. Cinta itu ibarat sebuah nakhoda. Dilepaskan ia di laut di malam hari, kekadang di subuh yang hening, dan kekadang di petang tatkala senja bakal menjelma. Di dalamnya, seorang kelasi ditugaskan untuk mengemudi akan nakhoda itu. Di dalamya juga ada seorang puteri jelita yang sedang beradu. Mungkinkah nakhoda itu akan sampai ke destinasinya? Atau mungkinkah nakhoda itu bakal karam di pertengahan laut? Dek alunan ombak yang mengganas?

Saudara…
Nakhoda itu ibarat cinta. Kelasi itu ibarat jejaka. Dan puteri itu umpama gadis. Laut itu ibarat perjalanan dalam percintaan. Dan ombak itu umpama dugaan mahupun cabaran
Andai si kelasi tiada mampu mengemudi nakhoda itu, nakhoda itu akan karam ditelan alunan ombak yang menggila. Umpama si jejaka yang tidak bisa mengatur perjalanan cintanya bersama si gadis.

Cinta yang kita bina semestinya akan menghadapi berbagai rintangan mahupun dugaan. Ibarat sebuah nakhoda yang mengharungi ombak di pertengahan laut yang dalam.
Andai si jejaka bersama si gadis tadi mampu mengharungi semua ini, mereka adalah pasangan yang bakal menemui kebahagiaan kelak. Namun, andai si jejaka dan si gadis ini tiada bisa mengharungi rintangan ini, sesuatu yang sangat mendukacitakan bakal berlaku kepada mereka.

Saudara dan saudari sekalian…
Mungkin sangat sukar untuk anda semua memahami kata-kata saya ini. Namun, suatu hari nanti, saya yakin anda semua bakal berada dalam situasi ini. Situasi dalam sebuah nakhoda, melalui suatu perjalanan jauh di pertengahan lautan, ditemani alunan ombak yang kian mengganas, dan saat itu anda mungkin berperanan sebagai kelasi atau juga mungkin sebagai seorang puteri jelita.

Fikir-fikirkan…

Wassalamualaikum…"


Semua warga dewan terdiam. Mata mereka tepat dihala ke susuk tubuh pemuda itu. Pemuda yang bergelar Fathan Pujangga. Kelihatan muka mereka berkerut-kerut. Seolah-olah mencari-cari jawapan kepada ucapan yang telah meniti di bibir Fathan sebentar tadi.
Fatiha yang sejak tadi khusyuk mendengar ucapan itu kini kelihatan menekupkan muka. Mengapa?

" Fazhan, rupa-rupanya kau selama ini yang bergelar Fathan Pujangga. Patutlah hati ini bagaikan tidak menentu. Lama aku menunggumu Fazhan. Mengapa baru sekarang kau hadir? Mengapa Fazhan? Ahh.. Sungguh puitis ucapanmu sebentar tadi. Bagaikan merobek-robek hati dan perasaanku. Aku sangat merinduimu…" Fatiha berbicara di dalam hati.

Fatiha menunggu sehingga sesi sidang akhbar berakhir. Namun, dadanya makin kencang berdebar. " Bagaimanakah untuk aku menghadapinya nanti? Sanggupkah aku menatap wajah itu kembali? Apa yang perlu aku ceritakan padamu Fazhan? Semuanya sudah berubah. Aku kini milik orang. Adakah kau masih menantiku? Ahh… Moga kau sudah ada penggantinya."
Sesi sidang akhbar berakhir. Fatiha perlahan-lahan berjalan menghampiri pemuda yang berkot coklat itu. Hampir dan semakin hampir. Dan pemuda itu kini berada di depannya. Darahnya bergemuruh. Suara bagaikan tersekat di kerongkong. Digagahi dirinya untuk menyebut nama itu. Nama yang sudah lama tidak meniti di bibir manisnya. Namun, suaranya masih tersekat. Digagahi mulutnya lagi untuk mengucapkan nama itu. Akhirnya…

" Kura-kura "…
" Ahh, mengapa nama ini pula yang meniti di bibirku?" Getus hati kecil Fatiha.

Namun, pemuda itu berpaling ke arah suara tadi. Diangkat kepalanya untuk menatap wajah itu. Wajah yang lima tahun menjadi kerinduan hatinya. Kerinduan jiwanya.

" Arnab??? Fat…" . Bicara Fazhan tersekat.

" Kura-kura??? Faz…" Fatiha juga tiada mampu meneruskan bicara. Masing-masing diam. Namun, mata mereka kini kian bertentang. Mungkin memori lama menggamit kembali. Memori sebuah cinta.

" Fatiha ke ni?"

" Iya awak… Ni Fatiha. Fatiha @ Arnab!!!"

" Fatiha… Ni Fazhan. Fazhan @ Kura-kura!!!"

Akhirnya mereka bersuara kembali disambut tawa riang di bibir. Kini tahulah Fatiha insan yang kini berada di hadapannya ialah Fazhan. Insan yang paling dicintainya sejak zaman berada di universiti lagi. Begitu juga dengan Fazhan. Setelah lima tahun memendam kerinduan, akhirnya rindu itu kini terubat. Di depannya sekarang ialah Fatiha. Fatiha yang dia kenali semasa berada di universiti lagi. Dan Fatiha itu jugalah yang dia cintai dari dulu sampai ke saat ini.
Mereka beredar mencari satu tempat duduk. Mungkin ada banyak perkara yang ingin dibicarakan.

" Hebat ya awak sekarang! Terkenal! Siap buat sidang akhbar lagi." Fatiha memulakan butir bicara.

" Ahh… Tak de lah hebat sangat. Sidang akhbar ni pun semata-mata nak promosi novel terbaru ni je. Fatiha apa cerita sekarang? Eh… Silap! Dr. Fatiha!" Balas Fazhan sedikit bergurau.

Fatiha tersenyum panjang.
" Fatiha memang bergelar seorang doktor pun. Tapi itu dulu. Sekarang dah berhenti. Ada masalah sikit." Fatiha menyembunyikan hal sebenar tentang dirinya.
" Emm… Akhirnya tercapai juga ya cita-cita awak untuk menjadi seorang penulis. Tahniah!"
Fazhan mengukir senyum di bibir. Senyuman itu turut terukir di tebing hatinya. Riang dan gembira kerana kerinduan yang selama ini amat menyeksakan jiwa dan perasaan kini terubat.

" Emm… Ingat lagi ya Fatiha pada ‘Arnab dan kura-kura ’…" Fazhan cuba mengungkit kenangan lampau.

Setelah mendengar perkataan ‘arnab dan kura-kura ’ itu, Fatiha tertawa. Fazhan yang mendengar tawa Fatiha sebentar tadi turut tersenym memanjang. Mungkin kedua-dua perkataan itu mengingatkan mereka kepada sesuatu yang sangat melucukan.

" Mana boleh lupa. Dulu awak selalu panggil saya ni arnab. Arnab kiut laa. Arnab comel laa. Macam-macam." Fatiha mengomel mengingatkan kenangan itu.

" Oo… Pandai ya mengata orang. Fatiha pun sama laa. Panggil Fazhan ni kura-kura. Kura-kura jalan slow laa, kura-kura kaki panjang laa, yang paling lucu kura-kura kepala besar." Fazhan pula membalas.

Mereka tertawa riang bersama. Mengingatkan kembali memori itu. Sejak dulu lagi, panggilan itu cukup sinonim antara mereka. Panggilan itu jugalah yang membuatkan mereka semakin rapat. Dan seterusnya menjalinkan sebuah ikatan percintaan yang tulus dan suci. Menurut Fazhan, panggilan ‘arnab’ sangat sesuai untuk Fatiha kerana Fatiha mempunyai gigi hadapan yang sedikit besar seperti gigi seekor arnab. Panggilan ‘ kura-kura’ kepada Fazhan pula kerana Fazhan seorang pelajar yang seringkali datang lewat ke kuliah. Disebabkan hal itulah, Fatiha menggelarnya ‘ kura-kura’. Mungkin bagi sesetengah orang panggilan seumpama itu tidak sesuai diungkapkan kepada orang tersayang. Namun, lain bagi mereka. Panggilan itulah yang mendekatkan hati antara mereka. Dan panggilan itu jugalah yang menjadi kenangan terindah yang mana sehingga ke saat ini kenangan itu masih segar dalam dakapan memori.

" Saya memang suka baca novel awak. Semua novel-novel awak ada dalam simpanan saya tau. Novel pertama awak tu tajuk ‘ Janji Perpisahan ’, macam kisah kita je. Lagu ‘ Janji Perpisahan’ yang awak nyanyikan time malam graduasi dulu pun awak turut muatkan dalam novel tu kan?" Fatiha berbicara seolah-olah ingin menduga sesuatu.

" Iya!!! Memang novel tu adalah adaptasi dari kisah percintaan kita. Lagu Janji Perpisahan yang ada dalam novel tu juga adalah lagu yang saya nyanyikan dulu. Kenapa awak tanya? Balas Fazhan.

" Tak ada apa-apa. Tapi kenapa Fathan Pujangga? Bukan Fazhan Pujangga?" Fatiha masih dalam kehairanan.

" Oh…Sebenarnya nama Fathan Pujangga tu adalah gabungan bagi nama kita. Fazhan dan Fatiha. So, jadilah Fathan. Pujangga tu saja je tambah." Balas Fazhan dengan nada yang bersungguh-sungguh.

Fatiha menelan air liur tatkala mendengar kata-kata itu. Sungguh tiada disangka olehnya yang Fazhan sanggup melakukan semua ini. Belum pun sempat Fatiha berbicara kembali, tiba-tiba satu suara garau yang cukup dikenalinya mencelah.

----------------------------

" Bukan main mesra lagi Fatiha dengan budak pujangga tu tadi. Siapa dia tu? Macam dah lama kenal je." Tuan Helmi seolah-olah cemburu.

" Apa yang abang merepek ni? Mesra apanya? Fatiha borak-borak je laa. Takkan tu pun salah." Fatiha seolah-olah kurang senang dengan kata – kata suaminya sebentar tadi. Sebelum ini, Fatiha cukup hormat suminya. Walaupun pernikahan mereka bukanlah bertunjangkan sebuah cinta, namun sebagai seorang isteri Fatiha sentiasa mengormati suaminya yang bakal menjangkau umur 50 tahun pada tahun hadapan. 20 tahun lebih muda darinya.

" Abang tau. Tapi macam ada something yang Fatiha sembunyikan dari abang sejak berjumpa budak tu tadi. Abang ada kat dalam bilik ni pun Fatiha buat tak tahu je. Fatiha jangan cuba nak menipu abang. Abang dapat baca dari lirikan mata Fatiha tu. Bagitahu abang apa yang Fatiha sembunyikan."

" Abang, tolong jangan paksa Fatiha boleh tak?"Fatiha naik berang.

" Abang tanya Fatiha ni. Apasal nak marah pulak? Abang tanya siapa budak pujangga yang jiwang karat tu?" Kali ini Tuan Helmi tidak mampu bersabar lagi. Amarahnya kian menggila.

" Baik! Kalau abang nak tahu sangat, Fatiha boleh beritahu. Fathan Pujangga tu bekas kekasih Fatiha masa kat universiti dulu. Dah lima tahun kitorang tak berjumpa." Balas Fatiha dengan nada yang semakin tinggi.

" Oh… Ni kira cinta lama berputik kembali la ya!!!" Tuan Helmi seolah-olah menyindir sambil mencebikkan bibir.

" Apa yang abang merepek ni? Dah la bang. Fatiha nak tidur. Good night!!!" Fatiha mematikan bicara. Walaupun dia sedar kata-kata suaminya itu ada juga bernasnya.

Tuan Helmi memandang isterinya dengan hati yang geram. Kemudian, dia keluar dari bilik itu menuju ke satu tempat yang tiada di ketahui…

-----------------------------------

Hati, mengapa berat dugaan yang terpaksa kau tanggung?
Menangislah kau wahai hati
Tiada apa yang akan berubah
Dia bukan milikmu lagi
Tangisilah andai kau terdaya
Mungkin itu sebaik-baiknya buatmu…

Fazhan menutup diarinya. Dia merenung ke luar jendela. Tiupan angin pada pagi itu begitu damai. Namun hatinya tidaklah sedamai itu. Kerinduan yang selama ini ditanggung akhirnya terubat. Terubat pula hanyalah seketika. Dan kerinduan itu kini bertukar pula kepada penderitaan. Penderitaan yang cukup hebat yang terpaksa ditanggungnya. Bayangan wajah Fatiha kini sentiasa bermain di tubir matanya. Lirikan manja mata itu, senyumannya, gurau sendanya, tawa riangnya bagaikan terngiang-ngiang di telinga Fazhan. Kekadang terbayang juga raut wajah suami Fatiha yang dia ketemui pagi tadi. Kelihatan seperti seorang yang sangat berwibawa. Berkot hitam dan bertali leher. Rambutnya yang disikat rapi kelihatan tidak menampakkan usianya yang sebenar.

" Fatiha… Mengapa kau khianati janji kita? Bertahun lamanya ku cuba tetapkan hati ini. Demi kau Fatiha. Aku tutup pintu hati ini buat insan lain. Mengapa begitu mudah kau lupakan semua kenangan kita? Kenangan yang kita bina sedikit masa lalu? Mengapa Fatiha? Mengapa begitu cepat hati kau berubah? Lupakah kau pada janji-janji ku? Lupakah kau pada mahligai cinta yang kita bina dulu? Mengapa Fatiha? Mengapa?". Berbagai persoalan meruntun jiwa Fazhan.

----------------------

Fatiha pula tiada lelap tidurnya. Dicuba agar mata itu terpejam dan lena. Namun, perasaan mengantuk masih belum menyelubungi dirinya. Fatiha bangun. Membuka jendela di biliknya. Dia kemudian melemparkan pandangan jauh-jauh ke luar tingkap. Dipandangnya di satu sudut. Kelihatan bayangan Fazhan sedang melambai-lambai ke arahnya. Ditolehnya pula di satu sudut lain. Kelihatan pula bayangan Fazhan berdiri sambil memandang tepat ke arahnya.
" Ahh… Mengelamun pula aku…" Getus hati kecil Fatiha.
" Fazhan, maafkan aku. Aku sebenarnya masih mencintai kau. Tiada pernah walau sesaat hati ini beralih kasih. Aku setia mencintaimu. Aku betul-betul rindukanmu. Tapi, keadaan yang menyebabkan semua ini berlaku. Andainya kau mengetahui hal sebenar, mungkin kau akan mengerti. Fazhan. Tahukah kau betapa lama aku menderita kerana berpisah dengan kau? Tahukah kau apa yang mama telah lakukan demi memisahkan aku dan kau? Memisahkan hubungan tulus antara kita. Ohh… Aku perlu menemuimu Fazhan. Dan menceritakan hal sebenar. Agar penanggungan yang ku tanggung lamanya ini kau ketahui. Biarlah kau mengetahui hal sebenar. Agar semua sangkaan buruk kau terhadapku akan berakhir." Fatiha berbicara lagi di dalam hatinya.

------------------------

" Fazhan…" Fatiha memulakan bicara.

" Buat apa lagi kita bertemu? Awak dah jadi milik orang. Berdosa tau awak datang menemui saya ni." Balas Fazhan dengan nada tegas.

" Saya tahu. Tapi kita kena bincang."

" Bincang? Bincang apa lagi. Tiada apa yang bisa berubah Fatiha. Biarlah hatiku yang terluka. Pergilah pulang. Mungkin suami Fatiha sedang menunggu."

" Fazhan, percayalah semua ini berlaku kerana rancangan mama. Rancangan untuk memisahkan kita." Fatiha mula membuka rahsia itu.

" Rancangan ? Rancangan apa?" Fazhan mula kehairanan.

" Fazhan, sebenarnya, selepas awak bertolak ke Indonesia, saya telah berpindah rumah.
Mama pula menghalang saya untuk menghubungi awak bagi memaklumkan hal ini. Berpuluh surat saya ingin pos kat awak. Namun, mama bertindak mengambil semua surat-surat itu sebelum sempat diposkan lagi. Mama kemudian mengugut saya supaya tidak lagi menulis surat untuk awak. Selepas itu, perniagaan mama merosot. Syarikat terpaksa menanggung hutang yang sangat tinggi jumlahnya. Mama tiada jalan lain selain bertindak menjual syarikat tersebut. Namun, belum pun sempat dijual, Tuan Helmi mengesyorkan kepada mama agar menggabungkan syarikatnya dengan syarikat dia. Lagipun syarikat mereka berdua menjalankan perniagaan yang sama. Setelah setahun beroperasi, syarikat mereka mula menunjukkan keuntungan yang memberangsangkan. Mama begitu terhutang budi dengan Tuan Helmi. Bagi membalas jasa Tuan Helmi, mama bersetuju untuk menikahkan saya dengan Tuan Helmi. Saya memang tidak bersetuju. Tapi kata mama, seandainya Tuan Helmi tidak menolong syarikat mama, mungkin kini mama dan saya hidup merempat. Lagipun hutang yang terpaksa ditanggung oleh syarikat sangat besar. Walaupun syarikat tersebut dijual sekalipun, hutang itu mungkin belum dapat dibayar.
Fazhan, hal inilah yang menyebabkan saya bersetuju untuk berkahwin dengan Tuan Helmi. Saya terpaksa. Saya buat semua ni demi mama." Panjang penjelasan Fatiha. Air jernih mula bergenang di kelopak matanya. Diseka dia akan air mata itu.

" Fatiha…" Fazhan hilang kata-kata.

" Awak.. Ketahuilah sehingga ke saat ini hati saya tidak pernah berubah. Sejujur hati saya, saya memang masih mencintai awak. Saya sangat merindui awak. Tapi, maafkan saya atas semua yang telah berlaku. Wanita lemah seperti saya ini tiada terdaya untuk melawan kata-kata dan kehendak mama. Maafkan saya. Mungkin semua ini sudah tertulis. Awak jaga diri baik-baik ya!!! Lupakanlah saya. Mungkin cinta kita setakat di sini sahaja. Assalamualaikum…" Fatiha bangun dan kemudian berlalu pergi. Walaupun langkahnya itu kelihatan tenang, namun gelodak hati ini tiada siapa yang tahu.

Fazhan tiada mampu berbuat apa-apa. Dia hanya sekadar merenung susuk tubuh itu berlalu pergi. Dan menghilang di kejauhan.
" Fatiha…" Ungkap Fazhan perlahan. Tanpa disedari, air mata lelakinya turut keluar membasahi pipi. Air mata sebuah cinta. Bukankah air mata seorang lelaki itu tinggi nilainya?

--------------------------

Tuan Helmi merenung tajam mata Fatiha sebaik Fatiha melangkah masuk ke dalam rumah. Hatinya bagaikan membara. Sejak tadi lagi dia mencari Fatiha. Namun, Fatiha tiada. Dia bertanya pula kepada Pak Mat. Tukang kebun di rumahnya. Namun, tukang kebun itu hanya menggelengkan kepala.

" Fatiha!!! Fatiha pergi mana? Dari tadi lagi abang cari." Bentak Tuan Helmi sebaik sahaja Fatiha berada di depan matanya.

Fatiha menunduk. Takut untuk menatap raut wajah suaminya itu.
" Erkk…Maafkan Fatiha bang. Fatiha ada telefon abang tadi. Tapi setiausaha abang cakap abang tengah mesyuarat. Fatiha pula dah janji dengan kawan. Kalau tunggu abang siap bermesyuarat, takut lewat sangat. Tapi Fatiha ada tinggalkan pesanan kat setiausaha abang."

" Kawan? Kawan mana? Si mamat pujangga tu kan ? Fatiha ingat abang tak tahu? Abang nampak dengan kedua biji mata abang ini tadi!!!"

" Maafkan Fatiha bang. Ada perkara yang terpaksa Fatiha selesaikan dengan dia tadi."

" Perkara? Perkara apa? Rancang sesuatu untuk berpisah dengan abang? Lepas tu kahwin dengan mamat tu kan?" Tuan Helmi mula menuduh. Mukanya merah padam.

Fatiha mula hilang kesabaran. Tiada pernah dia terfikir untuk melakukan perkara seumpama itu. " Abang!!! Selama ini ada ke Fatiha melawan cakap abang? Ada ke bang? Selama ni Fatiha menurut semua kehendak abang. Abang minta Fatiha berhenti kerja kat hospital tu, Fatiha berhenti. Walaupun Fatiha tidak cintakan abang semasa menerima abang dulu, namun Fatiha melakukan semua tugas Fatiha sebagai isteri. Tapi hari ini, abang tuduh yang macam-macam kat Fatiha. Fatiha mengaku memang Fatiha jumpa dia. Tapi, itu adalah pertemuan yang terakhir. Selepas ini, Fatiha takkan jumpa dia lagi."

Tuan Helmi menghela nafas panjang. Kemudian… " Ooo..Selama ini Fatiha tidak pernah cintakan abang? Habis kenapa Fatiha terima pinangan abang? Sebab harta abang kan? Fatiha pandang pada harta abang kan?" Tuan Helmi menuduh lagi.

" Abang!!! Sampai hati abang tuduh Fatiha seperti itu. Tahu tak Fatiha lakukan semua ni demi abang dan mama. Fatiha korbankan cinta Fatiha buat Fazhan. Fatiha terima abang. Abang sedar tak semua ni?"

" Ooo… Fatiha bangga la dengan semua pengorbanan Fatiha tu? Jangan lupa Fatiha. Kalau abang tidak menolong syarikat mama Fatiha dulu, mungkin hari ini mama dan Fatiha jadi peminta sedekah tau!!!"

" Abang!!!" Fatiha menangis teresak-esak mendengar penghinaan itu. Penghinaan yang keluar dari mulut suaminya sendiri.

Beberapa minit kemudian…" Fatiha, rasanya sudah tiba masa untuk abang beritahu hal yang sebenar." Nada Tuan Helmi tiba-tiba menurun.

Fatiha menoleh ke arah suaminya. Hatinya tiba-tiba diburu keresahan.

" Sebenarnya, Fatiha adalah isteri abang yang kedua. Abang menipu mama Fatiha dulu. Abang cakap yang isteri abang dah meninggal. Sebenarnya dia masih hidup sehingga ke hari ini. Maafkan abang Fatiha…"

Fatiha terasa bagaikan ingin pengsan mendengar pengakuan itu. Air mata yang ditahan sejak tadi kini mulai keluar menuruni pipinya yang merah. Terasa bagaikan sembilu menyusuk-nyusuk sehingga ke tulang sumsumnya. Dia menatap kembali wajah Tuan Helmi. Tuan Helmi pula hanya mampu menunduk ke lantai. Tiada berani untuk menoleh wajah Fatiha yang sedang menangis itu.Adakah ini balasan kepada seorang wanita yang berkorban demi ibu dan suaminya? Adilkah manusia menghukum seorang wanita yang lemah dan baik seperti ini? Bukankah wanita yang sanggup berkorban demi kebahagiaan orang lain adalah wanita yang sejati?
Tangisan Fatiha masih belum reda. Hatinya bagaikan hancur luluh. Sakit.

" Fatiha… Maafkan abang…" Suara itu kedengaran lagi di cuping telinga Fatiha. Kali ini suara itu makin sayu dan perlahan nadanya. Mungkin rasa bersalah menyelubungi diri Tuan Helmi.
Tiada mampu lagi Fatiha untuk mendengar suara itu. Kini, kebencian mula menguasai diri. Kebencian terhadap suaminya, Tuan Helmi mula membuak-buak. Hatinya yang menangis selama ini tidak pernah pun diketahui oleh suaminya itu. Kini, suaminya sendiri pula yang melukakan hati dan perasaan Fatiha.
" Mengapa abang lakukan semua ni? Kenapa abang tipu Fatiha? Pernahkan selama ini Fatiha menipu dan berbuat sesuatu yang salah di belakang abang? Pernahkan bang? Pernahkan Fatiha menghina abang? Mengapa bang? Mengapa abang tidak pernah menghargai semua pengorbanan Fatiha? Hati Fatiha terluka bang. Mama paksa Fatiha supaya berkahwin dengan abang. Fatiha terima walaupun di hati ini ada seorang insan yang amat Fatiha cintai. Fatiha lakukan semua ini demi abang. Demi mama. Tenung mata Fatiha bang. Air mata ini takkan mengalir andai hati ini tidak terluka". Fatiha bangun dan berlari keluar dari rumah. Enjin kereta dihidupkan dan dia terus menghilang bersama kereta yang dipandunya. Tuan Helmi pula tiada daya untuk mengejar. Kakinya bagaikan diikat sesuatu. " Fatiha… Berdosakah aku?" Tuan Helmi bermonolog sendirian.


SEJAM KEMUDIAN…

" Hello… Boleh saya bercakap dengan Tuan Helmi bin Tuan Bahari?" Tuan Helmi mendengar suara gemersik dari corong telefonnya sebaik sahaja mengangkat gagang telefon itu.

" Iya… Saya Tuan Helmi. Encik ni siapa? Dan ada hal apa?. Balas Tuan Helmi.

" Tuan Helmi. Saya Dr. Kamal. Diharap tuan bersabar ya! Isteri Tuan Helmi kemalangan jalan raya dan kini dia dirawat di hospital kami. Minta Tuan Helmi datang ke sini segera boleh?"

Gagang telefon terlepas dari tangannya. Dia tiba-tiba rebah. Terasa lemah longlai urat sarafnya. Di matanya kini hanya terbayang wajah Fatiha.

" Fatiha…"

------------------------------

" Doktor, bagaimana dengan keadaan isteri saya?" Tanya Tuan Helmi sebaik tiba sahaja di hospital.

" Tuan Helmi! Isteri Tuan Helmi banyak kehilangan darah. Pihak hospital tidak dapat mencari darah tambahan buat isteri Tuan Helmi kerana darah dia adalah darah jenis O. Pihak hospital kekurangan darah simpanan jenis itu. Isteri Tuan Helmi pula memang memerlukan darah tambahan dengan seberapa yang segera. Kalau terlambat, pelbagai risiko buruk yang bakal kita tanggung nanti. So, kita memerlukan seorang penderma darah dengan seberapa kadar yang segera."

" Kalau begitu, doktor boleh ambil darah saya?"

" Boleh! Tapi, kami perlu menjalankan pemeriksaan terhadap darah tuan dulu untuk memastikan darah tuan sesuai untuk didermakan."

----------------------

" Maafkan kami tuan. Darah tuan adalah darah jenis A. Dan semestinya tuan tidak boleh menderma darah tuan kepada isteri tuan." Kata Dr. Kamal selepas pemeriksaan itu.

" Habis, macam mana ni doktor?" Tuan Helmi mulai cemas.

" Dr. Helmi! Sya sedia mendermakan darah saya." Tiba-tiba satu suara yang tidak dikenali mencelah perbualan antara mereka.
-------------------------------

Fazhan merenung wajah Fatiha yang masih pucat itu. Sudah hampir tiga hari Fatiha tidak sedarkan diri. Digenggamnya tangan Fatiha. Kemudian dikucupnya tangan yang halus itu. Tanpa disedari, air mata Fazhan menitis di pipi Fatiha. Tiba-tiba…

Fatiha membuka matanya perlahan.

" Awak…" Suara Fatiha kedengaran perlahan di cuping telinga Fazhan.

" Fatiha…Awak dah sedar Fatiha. Syukurlah…" Fazhan tersenyum girang sambil mengesat air matanya yang menitis di pipi Fatiha.

" Awak, apa yang dah berlaku? Macam mana awak boleh berada di sini? Soal Fatiha sedikit kehairanan.

" Fatiha… Fatiha terlibat dalam kemalangan. Selepas sahaja kita berjumpa tempoh hari, saya mengikut Fatiha sehingga ke rumah Fatiha. Selepas itu, saya lihat Fatiha keluar dari rumah dengan tergesa-gesa. Saya jadi hairan. Saya ingatkan ada something yang buruk berlaku. So, saya pun ikutlah kereta Fatiha. Fatiha memandu laju sangat-sangat. Tiba-tiba, pabila sampai di satu selekoh, ada sebuah kereta datang dari arah sisi kereta Fatiha. Namun, Fatiha tidak menyedari akan hal itu. Fatiha terus juga memandu. Saya menjerit ke arah Fatiha. Tapi, Fatiha tak dengar. Akhirnya, kereta Fatiha dirempuh.
Saya kemudian bergegas membawa Fatiha ke hospital. Menurut kata doktor, Fatiha kehilangan banyak darah. Pihak hospital pula kekurangan darah simpanan jenis O iaitu darah jenis darah Fatiha. Tuan Helmi ingin menderma darah untuk Fatiha. Tapi, tak boleh kerana darahnya jenis A. Selepas itu, barulah saya ingat yang kita ni mempunyai darah jenis yang sama. Jadi, pihak hospital mengambil sedikit darah saya untuk didermakan pada Fatiha." Panjang lebar penjelasan Fazhan.

" Abang…" Fatiha tiba-tiba menyebut nama itu setelah melihat Tuan Helmi masuk ke dalam bilik hospital itu.

" Memang benar kata Fazhan tu Fatiha. Kalau bukan kerana jasa baik Fazhan, mungkin sesuatu yang lebih buruk bakal berlaku kepada Fatiha." Tuan Helmi mula bersuara. Kemudian, dia berjalan perlahan ke arah Fatiha dan Fazhan. Seperti ada sesuatu yang ingin dilakukannya. Fatiha dan Fazhan merenung kelakuan orang tua itu. Kemudian, Tuan Helmi memegang tangan Fatiha. Dipegangnya pula tangan Fazhan. Kemudian disatukan kedua tangan itu.

-------------------------------

" Abang, mana anak-anak kita ni ya!! Dari tadi lagi ayang cari tau". Tanya Fatiha kepada suaminya Fazhan.

" Ayang ni…Tu haa…Tengok si along tu, asyik duk bermain dengan arnab kesayangan dia tu aje. Ada ke patut arnab yang tak sakit pun dikatakan sakit. Nak ikut jejak langkah ayang untuk jadi doktor kot." Gurau Fazhan kepada isterinya.

" Habis tu, si angah tu pula balik-balik duk mengadap komputer je. Nak buat cerita la. Cerpen la. Novel la. Umur baru setahun jagung. Nak ikut jejak langkah awak la tu." Tambah Fatiha pula disambut gelak tawa antara mereka.


Bila dua hati berbicara
Lautan cinta bakal diharungi
Bila dua hati berbicara
Senafas kasih bakal dihembus
Bila dua hati berbicara
Semerbak rindu akan menjelma
Bila dua hati berbicara
Ungkapan sayang bakal berkumandang
Bila dua hati berbicara
Sebuah cinta suci bakal terpatri…

Karya oleh,
cHE

St

Deception


St

Hancock

salam sahabat2...
Mybe movie ni dah lama sikit keluar...tapi untuk permintaan, St letakkan kat sini..untuk kali ni St gunakan Uploadjockey, dengan hosting yang ni korang bleh pilih mane2 site yang korang suka untuk download...okay enjoy.

St

Perpaduan Teras Kejayaan - Merdeka 51



"Perpaduan Teras Kejayaan"
Selamat Menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan Ke-51

St

Friday, August 22, 2008

Cerpen: Tak Apa Papa, Mama Tak Kisah

Cerpen : Tak Apa Papa, Mama Tak Kisah

Oleh: Muzri

St's Comment - cerpen yang santai dibaca, menarik...

Aku bungkam. Jambangan bunga yang dikirim aku bawa ke hidung. Wangi. Sudah seminggu berturut-turut jambangan bunga ini sampai ke meja receptionist dan sudah seminggu berturut-turut juga aku mengutip jambangan ini di meja Ayu budak receptionist. Apa mimpi lelaki ini?
"Romantiknya suami akak ya? Dah seminggu bagi bunga,"
Romantik? Itu yang aku musykil tu. Tapi,itu kisah seminggu yang lalu. Kisah yang membuat satu pejabat cukup bingit dengan suara puji dan mengusik. Malu aku dengan bos dan staff bawahanku. Yelah, mana pernah dapat bunga? Tiba-tiba seminggu berturut dapat bunga. Hari ini? Pun sama. Satu kejadian aneh juga yang berlaku. Hari ini aku dapat kad. Dari rumah lagi aku disuakan dengan berkeping-keping kad kecil.
[Selamat pagi sayang. I love you]
Itu kad pertama yang aku jumpa di atas meja solek saat aku hendak bersiap ke pejabat. Tergamam seketika. Rasa bahagia membuak tiba-tiba. Ingin aku ucapkan terima kasih pada suamiku yang juga sedang bersiap ingin ke pejabat. Tapi, wajahnya nampak cukup selamba. Seolah-olah tiada apa yang berlaku. Hmm. Malas pula aku nak bersuara. Sudahnya kad aku simpan di dalam laci. Bagi kad, tapi, tiada perasaan. Menyampah.
[Terima kasih untuk sarapan yang enak saban pagi. Terima kasih, sayang]
Kad kedua. Di atas meja makan selepas kami menikmati sarapan pagi. Aku ingin senyum dan ingin memeluk suamiku, tapi, bila aku melihat wajah tanpa perasaannya, aku jadi tawar hati lagi.
[Papa sayang mama. Sejak dulu, kini, dan selamanya]
Kad ketiga. Aku jumpa di dalam beg tanganku ketika aku hendak mengeluarkan telefon bimbit. Peliknya. Kenapa suamiku berubah sampai begini sekali? Sungguh drastik. Memang aku mengharapkan layanan seromantik ini daripadanya. Tapi, bila dia betul-betul menjadi romantik, hatiku menjadi gusar pula. Tujuh tahun berkahwin, usahkan sejambak bunga, sekuntum bunga pun dia tidak pernah hadiahkan padaku. Tujuh tahun berkahwin, mana pernah dia beri aku kad. Kalau ada sambutan hari istimewa pun, dia sekadar mengucapkannya padaku bersama satu ciuman di pipi. Kemudian dia akan tanya apa yang aku mahu? Kalau hari ulang tahun kehiran, apa hadiah hari jadi yang aku nak? Kalau ulangtahun perkahwinan, apa hadiah ulangtahun yang aku nak? Cukup dengan itu sahaja. Tapi, kini?Apa agenda suamiku ini? Dan, yang aku perasan, sejak dua minggu kebelakangan ini, kami sudah jarang bergaduh. Walhal, dulu, itu adalah agenda harian kami. Ada saja perkara yang menjadi pokok pertelingkahan. Rindu pula rasanya. Rindu nak bergaduh. Aku tersenyum. Dalam senyum, hati masih tertanya-tanya.
Kenapa suamiku berubah? Entah-entah ini umpan tak? Entah-entah dia ada perempuan lain tak? Buat baik sebab nak minta izin kahwin lagi satu. Tidak!!!!

****
"Papa.. tolong tidurkan adik ni. Mama nak siapkan report ni,"aku memanggil suamiku apabila rasa geram sudah menjentik hati melihat anak bongsuku membuat perangai. Dan, suamiku tanpa banyak bicara, terus mendukukung anak bongsu kami, masuk ke bilik tidur.
Itu kejadian tiga hari lepas. Kalau sebelum ini, cukup payah mahu menghulur tangan melayan kerenah anak. Tiba-tiba dia jadi bapa penyanyang pula.
"Mama. Berapa kali papa cakap, bunga ni, nak kena siram selalu. Takkan kerja mudah macam ni, tak boleh nak buat,"
"Lupalah papa. Mama banyak kerja,"
"Kan dah layu. Tak cantik,"
"Alah. Biarkanlah.
Tak pun, nanti mama beli pokok bunga baru. Ganti bunga papa tu,"
Suamiku diam. Terus berlalu. Peliknya. Padahal, sebelum ini, kalau bunga-bunga kesayangannya itu layu sedikit, pasti satu petang aku harus tadah telinga mendengar bebelannya. Itu pula peristiwa dua hari lepas.
"Mama. Macam mana mama nak buat kerja ni? Bersepah. Kemaslah dulu,"
Aku pandang barang-barang permainan anak-anak yang memenuhi lantai.
"Nantilah. Mama malas nak stop kerja mama ni. Nanti kerja mama siap, mama kemaslah,"
Suamiku terus mencapai barang mainan anak-anak. Dia yang tolong kemaskan. Peliknya. Kalau tidak, memang aku kena tadah telinga lagi. Kerja suka bertangguhlah. Asyik nanti..nanti.. nanti..
Tapi, kenapa suamiku tidak marah? Sudah lama kami tidak bertengkar ni. kenapa dengan suami aku ni? Pelik sungguh perangainya sejak akhir-akhir ini. Aku ingin bertanya. Tetapi, mulut terasa berat pula.

****
"Hah?! Apa papa?,"
"Candle light dinner,"
Aku letak jariku di dahi suamiku.
Normal.
"Are you okay, papa?,"
"Of courselah mama. Malam ni, pukul lapan. Anak papa sudah hantar rumah mak,"
Itu bicaranya siang tadi, sewaktu dia singgah di pejabatku..
Dan, sekarang, kami sama-sama menikmati hidangan makan malam yang romantik. Bisu. Kelu. Kaku. Cuma sudu dan garfu yang sesekali menjeit bila berlaga. Romantik apa kalau senyap sunyi macam ni? Pelik betul suamiku ini.
"Papa. Mama tanya sikit, boleh?,"
"Tanyalah,"suamiku menjawab sambil menyuap mee sizzling ke mulut. Dia ni,memang. Kalau dah makan, tak ingat apa. Candle light dinner terasa seperti tiada makna apa pun.
Sama saja dengan makan nasi di rumah. Tak romantik pun.
"Papa ni kenapa? Mama tengok lain macam je sejak akhir-akhir ni,"
"Lain macam apanya? Tak ada apa yang lainnya?,"
"Yelah.. tak pernah-pernah bagi bunga, tiba-tiba bagi mama bunga.
Tak pernah-pernah bagi kad, tiba-tiba bagi mama kad. Selalunya suka marah-marah mama. Arah-arah mama. Tiba-tiba dah tak ada marah mama. Kenapa papa?,"
"Kenapa? Mama tak suka ke?,"
"Tak adalah sampai tak suka. Tapi, pelik. Apa yang papa dah buat ni? Papa ada buat salah dengan mama ya?,"tuduhku sambil merenung wajah suamiku. Suamiku membalas renungan itu.
"Mana ada? Mama ni, cuba jangan suka menuduh,"
"Dah tu? Kenapa tiba-tiba berubah ni? Entah-entah papa ada perempuan lain tak?,"
"MasyaALLah. Mama?! Mulut tu, jangan main tuduh saja tau,"
"Betullah tu. Saja buat baik dengan mama, sebab papa nak kahwin lain kan?,"
Suamiku sudah jegilkan mata. Marah. Aku pula sudah mula nak tarik muncung. Makan malam yang memang tidak romantik itu, bertambah tidak romantik jadinya. Eh, kami dah nak gaduhlah.
"Bukan ke ini yang mama nak papa buat?,"
Aku ternganga.
"Mama nak? Maksud papa?,"
"Papa baca luahan hati mama tu,"
Aku terlopong. Patutlah.
"Kertas yang mama dah buang dalam tong sampah tu?,"
"Yalah.
Banyak sangat kekurangan papa di mata mama ya? Sekarang bila papa buat apa yang mama nak, mama bising juga. Nak papa bagi bunga, papa bagi. Nak papa bagi surprise wish, papa bagi. Impikan makan malam romantic, papa bagi. Tapi, mulut tu, tetap juga bising. Serba tak kena. Semuanya salahlah kat mana mama. Papa pun tak tahu apa sebenarnya yang mama nak,"
Aku diam. Begitu ke? Salahlah tuduhan aku tadi. Aku senyum sedikit.
"Yelah. Papa bagi bunga, tapi, tak ada ucapan apa-apa pun. Dari, papa. Tu saja. Dah tu, macam tak ada perasaan saja bagi bunga tu. Bagi ucapan pun sama. Dah bagi kat sana sini, buat muka seposen. Mama nak ucap terima kasih, terus tak jadi. Ni, makan malam ni, pulak.. sama je dengan makan malam kat rumah.
Hambar. Papa duk mengadap makanan papa. Mama pula mengadap makanan mama. Cuba tengok orang sekeliling. Sama ke dengan kita. Tak kan?,"aku bersuara sambil memerhati beberapa pasangan yang sedang menikmati makan malam sambil bergurau senda.
"Nak bergurau senda macam mana? Kalau belum apa-apa mama dah ajak papa gaduh?,"
Aku diam lagi.
"Papa dah cuba buat apa yang mama tak puas hati dengan papa selama ni. tapi, mama tetap juga tak puas hati,"
"Kalau buat semata-mata sebab mama nak, tak payahlah papa. Tak ikhlas,"
Suamiku mengeluh perlahan. Perlahan tangannya mencapai jemariku.
"Mama tahu kenapa papa buat semua ni?,"
Aku menggeleng.

****
Sesungguhnya aku khilaf selama ini. Sesungguhnya aku silap selama ini.
Kata-kata suamiku membuat aku bagai terjaga dari mimpi yang panjang. Betapa, selama ini aku tidak tahu mensyukuri apa yang aku ada.
"Sebab papa sayang mama. Sebab papa tak mahu mama berasa papa tidak sayang pada mama lagi. Padahal mama tahu kan, macam mana dalamnya sayang papa pada mama. Papa yakin lebih dalam dari rasa sayang mama pada papa. Papa tahu mama terima papa dulu, sebab mama kasihankan papa kan? Semasa papa menitiskan air mata merayu untuk kahwin dengan mama, papa tahu, mama terima sebab kasihan. Papa tak kisah. Sebab papa sayang sangat kat mama,"
Aku tersentuh. Tidak dapat aku nafikan kebenaran kata-kata itu. Memang aku tidak sampai hati melukakan perasaan suamiku. Sebab itulah kami bersatu juga. Tapi, aku bahagia dengan suamiku.
"Mama selalu cakap papa tak caring. Tapi, mama tak tahu papa ingat segalanya tentang kita. Mama ingat baju apa papa pakai semasa pertemuan pertama kita?,"
Aku geleng.
"Papa ingat. Papa ingat mama pakai baju kurung warna merah jambu. Dengan tudung warna kuning cair. Sama dengan warna bunga-bunga kecik kat baju mama,"
Aku terdiam. Terharu.
"Mama ingat tarikh kita jumpa? Tarikh papa ajak mama bertunang? Tarikh papa ajak mama kahwin?,"
Aku diam.
Buntu mencari tarikh itu.
"Mama lupa kan? Papa tak lupa. Kita jumpa 4 Jun 1999. Papa ajak mama bertunang genap setahun kita kenal. Pada tarikh yang sama. Empat bulan lepas tu, papa ajak mama kahwin. Bulan Oktober,"
Aku tiba-tiba jadi malu pada diri sendiri.
"Mama ingat kat mana kita jumpa untuk date pertama kita?,"
Aku cuma pandang wajahnya.
"Kat sini kan?,"aku bertanya sambil memandang sekeliling kawasan restoran tempat kami menikmati makan malam itu.
"Betul. Tapi, mama ingat tak meja mana?,"
"Manalah nak ingat. Kan dah lama,"
"Papa ingat. Tu.. kat sana. Dulu dia letak meja kat situ. Sekarang dah tak ada. Dia buat stall,"
Aku terus termangu.
Betapa aku silap menilai suamiku selama ini. Itu perbualan kami, saat malam malam tadi. Selepas itu, kami pulang dengan kebisuan. Aku betul-betul kelu selepas itu.
"Mama.. kenapa ni?,"
Aku tersentak . suamiku bergerak ke peti sejuk. Mencari air.
"AKu menggeleng.
"Sudahlah. Dah lewat ni. Jom tidur,"
"Papa…,"
Suamiku menoleh.
"Teruk sangat ke perangai mama ni, papa?,"
"Perangai mama memang teruk.
Degil. Keras kepala. Keras hati. Pemalas pun ada sikit,"
Aku tarik muncung.
Janganlah berterus terang sangat. Suamiku tersenyum sambil melangkah rapat padaku. Memegang tanganku.
"Tapi, papa suka. Papa geram bila mulut ni,suka menjawab bila papa marah. Bila papa tegur. Tapi, papa suka. Papa geram bila papa suruh buat itu ini, mama banyak alasan. Tapi, papa suka. Papa geram bila mama nak menang sendiri saja. Tak reti nak mengalah. Tapi, papa tetap suka. Sebab, bila papa terima cinta mama, bermakna papa terima segala kekurangan dah kelemahan mama,"
"Tapi, mama tak. Kan? Mama mengharapkan Sesuatu yang papa tak boleh bagi, padahal banyak lagi benda lain yang lebih bermkana yang papa bagi pada mama,"aku bersuara perlahan.
"Mama nak papa jadi romantic. Papa dah cuba. Papa dah cuba jadi orang lain, demi mama,"
"Tak apalah papa. Lepas ni, papa tak payah romantik lagi. Mama suka papa macam ni.
Mama tak boleh paksa papa jadi sesuatu yang bukan diri papa. Mama salah. Mama sepatutnya terima papa seperti papa terima mama. Bersyukur dengan apa yang kita ada. Bukan mencari kekurangannya, kan?,"
Suamiku senyum.
"Mungkin sebab, kebelakangan ni, mama suka baca novel cinta kot. Sebab tu, suka fikir yang pelik-pelik macam tu,"aku bersuara sambil tersenyum kecil.
"Mama memang suka fikir benda pelik-pelik,"
Aku tertawa.
"Mama minta maaf ya, papa,"
Suamiku senyum sambil menarikku ke pelukannya.
"Walaupun papa tak pandai nak berkata-kata. Nak buat perkara-perkara yang romantik, tapi, mama percayalah, cinta papa pada mama tak kurang sedikit pun,"
"Hmmm.. tapi, rasanya macam ni, dah romantik sikit kot,"ujarku berseloroh. Suamiku tergelak. Memandang lama wajahku. Membuat aku sedar, sebenarnya tanpa itu semua pun, aku sudah cukup bahagia dengan hidupku ini.
Aku terlalu mencari kekurangan suamiku sehingga aku lupa pada kekuranganku sendiri.
"Jom, tidur,"
Aku senyum.

***
"Mama ,"
"Apa papa?,"
"Stoking papa mana?,"
"Papa carilah. Mama nak bersiap ni. dah lewat ni,"
"Ini yang papa tak suka ni.
Suka sangat alih-alihkan tempat simpan barang. Hari ni, simpan kat sini. Esok simpan kat lain. Mana mama simpan?,"
"Papa. Carilah dulu. Cari dengan mata dahlah. Tak payahlah cari pakai mulut,"
"Tengok. Tak ada. Mama cari sekarang,"
Aku berpaling. Memandang wajah suamiku yang sudah masam. Aku tarik drawer almari. Mengambil bungkusan stoking yang baru dibeli.
Memang suamiku suka beli sroking.
"Papa ambil yang baru jelah. Bising. Mama nak bersiap pun tak boleh,"rungutku geram.
"Inilah dia. asal tak jumpa keluar yang baru. Asal tak jumpa keluar yang baru,"
"Papa tolong diam boleh tak?,"
"Mama! Mama! Stoking Along mana? Along dah lambat nak pergi sekolah ni. mama ni memanglah. Suka hilangkan stoking Along,"anak sulongku pula menjerit dari biliknya.
"Tengok. Tu anak papalah tu. Papa pergilah tengok kejap. Mama tak boleh bersiaplah macam ni,"
"Mama yang buat masalah kan? Mama sendiri yang settlekan. Berapa kali nak cakap, benda-benda kecil macam tu, simpan satu tempat.
Ini, tak ada lain ni,. mesti bercampur dengan pakaian lain,"
Alah!
Dah mula membebel pagi-pagi buta macam ni. Geram betul. Tapi, inilah yang aku lalui selama ini. Dan inilah juga rencah-rencah kehidupan yang memberi rasa bahagia padaku. Aku pandang wajah suamiku yang masih terus membebel.
"Mama bahagia sekarang papa,"
Kata-kata itu membuat suamiku terdiam.
"Apa?,"
"Mama bahagia hidup dengan papa,"
Suamiku tersenyum. Melangkah rapat padaku. Memelukku dari belakang sambil mencium pipiku. Bebelannya hilang serta-merta.
"Papa juga,"bisiknya di telingaku.
"Kalau macam tu, pergilah tolong Along cari stoking kejap.
Mama nak bersiap cepat ni. nak hantar adik ke nursery lagi,"aku bersuara sambil tersengih. Suamiku memandang geram.
"Psikologi papa ya?,"
"Please….,"
"Oklah sayang,"
Dan aku tersenyum bahagia apabila sebuah lagi ciuman hinggap ke pipiku sebelum suamiku bergerak keluar.
"Mama!,"
Aku terkedu. Kenapa suara anak dan ayah bersatu memanggilku? Aku berlari keluar dari bilik. Suamiku dan anak sulungku bercekak pinggang memandang ke arahku.
"Kenapa?,"
"Stoking Along dengan papa. Semuanya kat dalam washing machine ni. Mama tak jemur ya?,"marah anak sulungku.
Aku menepuk dahi.
"Mama lupa sayang. Sorry,"
"Itulah. Buat kerja selalu bertangguh. Sekarang, apa dah jadi,"suamiku pula menambah. Sama saja perangai anak dengan ayah. Aku cuma mampu tersengih.

****

Thursday, August 21, 2008

My Hometown - My Village

Terdetik rasanya St nak bercerita pasal kampung halaman St bila ada blog sendiri ni...InsyAllah lepas ni korang dapat la tengok cerita2 pasal Kg St Okay..
Satunya...Kg St ni ader banyuak cerita yang boleh ditatapi bersama...banyak dongeng bermula dari Kg ni...Kisah Pak Kaduk, Sang Kelembai, Ikan Tapah dan banyak lagi bermula di Sini...Kampung Teluk Sareh dan Kampung Gajah, Perak...Rindu pulak pada kampung halaman...

Okay, buat permulaan St letakkan sedikit cerita pasal Sang Kelembai...


St

Duplicate File Remover

Salam sokong St buat semua..
Salam spageti, salam sos tomato...ahaks, mengarut je.
Okey la...rasenya ramai yang dekat luar monitor komputer sana yang perangai lebih kurang St (suka simpan movie,mp3 n file banyak2 dlm komputer)...so satu masalah yang selalu dihadapi, banyak file yang sama dalam folder berbeza right??? so ni St letakkan penyelesaiannya...Hope, its helpful..St

Pocong - Series Movie

Salam... macam menarik citer pocong ni. Tapi pocong tu ape sebenarnye ek??? Dikatakan... Pocong...atau

Hantu bungkus atau juga dikenali sebagai hantu punjut atau hantu pocong merujuk kepada sejenis makhluk yang berbentuk seperti mayat yang dibungkus dengan kain kafan.

Hantu bungkus sering dikatakan mengusik orang yang lemah semangat, dan akan bergerak dengan meloncat seperti hantu cina, atau bergolek. Ia dikatakan mampu bergerak sepantas kereta, bergerak seiring dengan kereta yang dipandu oleh mangsa usikan mereka.

Hantu bungkus tidak dipelihara dan terdapat secara bebas. Kemungkinan hantu bungkus adalah jelmaan jin yang menganggu manusia.

Lihat juga Hantu dalam masyarakat Melayu.

Mereka yang berani menangkap hantu bungkus dikatakan mampu mendapat kekayaan yang banyak. Ini kerana dikatakan, dalam bungkusan tersebut terdapat wang yang banyak.

Pengamal ilmu sihir atau ilmu sesat ini adalah satu perbuatan syrik dalam ugama Islam. anda boleh berlari zig-zag..kerana hantu bungkus hanya bergerak lurus..

Tapi...apa2 pun, bagi St...ni semua adalah angkara Jin n syaitan yang nak menyesatkan manusia...Bukankah dah jelas dalam Quran yang jin n syaitan tu boleh menyamar ataupun menyerupai bermacam2 bentuk..Hum..itulah pandangan St..apa2 pun meh layan siri filem pocong ni...St cuma dapat Pocong 2 n 3 je...sape2 yang ader link untuk filem yang pertama post2 la ye...tq...St



You Don't Mess with a Zohan

Salam...ni satu lagi filem yang tengah ditayangkan kat pawagam...lawak tahap sengalllllllllllll...
St