NAK SIGN...GUEST BOOK

Wednesday, February 4, 2009

Nasaruddin.... Bota, PKR dan Perak

Ape ke hey nye kome...

Apa dah jadi...dimana keikhlasan perjuangan pemimpin kita?.

beberapa hari yang lalu...

Tahniah! Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota di Perak, Datuk Nasarudin Hashim menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkuat kuasa hari ini.Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kemasukan Datuk Nasarudin dalam parti itu yang memperkuatkan kedudukan kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Perak.Datuk Nasaruddin berkata beliau semakin yakin dengan kepimpinan PKR dan Pakatan Rakyat dalam memperjuangkan kepentingan rakyat pelbagai kaum.Pada masa sama beliau juga keciwa dengan hala tuju UMNO dan masalah kepimpinan parti itu yang semakin meruncing.Datuk Nasaruddin berkata langkah beliau menyertai PKR membolehkannya memberi khidmat yang lebih berkesan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Bota kepada penduduk setempat.Dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu, Nasaruddin menewaskan calon PKR, Usaili Alias dengan majoriti 2,068 undi.Nasarudin dari Umno memperoleh 6,556 undi.Pada pilihan raya umum ke-12, Pakatan Rakyat yang kini memerintah Perak, menguasai 31 kerusi DUN manakala BN pula 28 kerusi.

beberapa hari ini...



Tiga Adun Bebas sokong Barisan
BN sedia tubuh kerajaan di Perak
Nizar bubar DUN tanpa perkenan Sultan PUTRAJAYA: Tidak sampai setahun memerintah, kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di Perak semalam tumbang dan Barisan Nasional (BN) kini bersedia membentuk kerajaan baru di negeri itu dengan majoriti mudah. Bibit kejatuhan kerajaan negeri itu bermula apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi dan Adun Changkat Jering, Mohd Osman Jailu, bertindak meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR), diikuti tindakan yang sama Adun Jelapang dari DAP, Hee Yit Fong.

Adun Bota kembali ke pangkuan BN, kononnya tindakan sebelum ini adalah mahu melihat kekuatan BN Perak..

...pikir2 kanlah

St

No comments:

Post a Comment

Komen la kalau berani..komen !