NAK SIGN...GUEST BOOK

Wednesday, February 4, 2009

Boikot...why KFC ?







Aku hampir xpaham ngan perangai orang kita...dalam banyak2 produk..KFC paling dipandang membawa bala n bencana...kononnya bersekongkol ngan Israel yang tgh hebat menghentam palestin..Andai korang tau KFC (Malaysia) hakmilik islam. orang melayu... Kenapa tak diboikot jenama yang lebih besar skop perniagaannya... Nestle contohnya...berapa banyak produk nestle kalo korang tengok kat kedai2... dari sekecik gula2 sampainya sebesar tin milo, susu, maggi...humh banyak lagi la kalo nak sebut...Jangan memboikot membabi buta... KFC Malaysia xpernah menyalur keuntungan kepada Israel. Kita cuma membayar untuk membayar untuk mengguna pakai brand perniagaan mereka. Kalo korang pernah belajar business ataupun perdagangan mesti korang lebih paham apa yang aku cakapkan ni. Kita bayar sejumlah duit yang tetap, so apa maknanya memboikot. Untung banyak atau untung sikit banyak tu jugaklah yang dibayar...so jangan wat kerja sia-sia...sama jelah kita memderma..banyak dah saluran menderma yang sudah tentu pahala bagi kita...bukan kerja sia2 yang belum tahu pastinya... Lastly, korang renungkanlah perutusan dari salah seorang kakitangan KFC ni...sekian..


BOIKOT KFC
Salam semua... tujuan email ni adalah untuk memberi penjelasan mengenai boikot KFC. banyak orang dah tanya pada saya mengenai KFC.dan ada juga yang sms kata "baik ko berenti keja ngan KFC.ko dok bunuh orang palestin"... .dah banyak sms yang saya dapat....daripada kawan2 sekolah, universiti dan segenap lapisan masyarakat. untuk pengetuahuan semua, KFC Holdings (M) Bhd adalah milik Kulim (M) Bhd.. Kulim ini pula adalah anak syarikat Johor Corporation. siapa yang tidak tahu sila cari mengenai johor corporation. oleh itu, KFC Holdings (M) Bhd adalah milik malaysia. tiada sebarang keuntungan yang diberikan kepada US mahupun Israel. KFC hanya menggunakan nama. KFC malaysia hanya membayar yuran penggunaan nama sahaja. akan tetapi, setelah KFC menjadi anak syarikat Johor Corporation, pengerusinya sedang berusaha untuk membeli KFC di US.. ini adalah usaha yang sangat murni. Tan Sri Ali Hashim adalah pengerusinya yang memang mempunyai idea bisnes yang bernas. selain itu juga, dibawah KFC Holdings (M) Bhd terdapat anak syarikat iaitu : Pizza Hut Kedai Ayamas RasaMas Restaurant Ayamas Food Corporation Sdn Bhd Region Food Industries (Sos life) bakery ( untuk garlic bread & roti2 di KFC) tenaga kerja untuk semua syarikat ini adalah majoriti melayu islam.oleh itu, bayangkan lah jika masyarakat memboikot KFC apa akan terjadi kepada orang islam malaysia?oleh itu fikir2 kan lah apa yang saya katakan ini. diharap dapat memberi penjelasan kepada sahabat2 dan sesiapa sahaja.sama- sama kita membangunkan ekonomi orang islam.inilah dinamakan Jihad Bisnes. sekian. Muhamad Ammar Abdullah Halal Audit Executive KFC Holdings (M) Bhd 03-20263388 ext 282 012-5678443






sebagai tambahan dari St..ahli lembaga pengarah KFC juga majoriti islam...korang bleh search kat internet...penanung nya...sah2 melayu muslim..






KFC mempunyai panel syariah sendiri...salah seorang darinya adalah mufti Johor Dato' Noh Gadut.






1 comment:

  1. bukan ke income jg yg KFC di US tu dpt sbb byr penjenamaan ny?

    ReplyDelete

Komen la kalau berani..komen !