NAK SIGN...GUEST BOOK

Wednesday, February 4, 2009

Nasaruddin.... Bota, PKR dan Perak

Ape ke hey nye kome...

Apa dah jadi...dimana keikhlasan perjuangan pemimpin kita?.

beberapa hari yang lalu...

Tahniah! Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota di Perak, Datuk Nasarudin Hashim menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkuat kuasa hari ini.Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kemasukan Datuk Nasarudin dalam parti itu yang memperkuatkan kedudukan kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Perak.Datuk Nasaruddin berkata beliau semakin yakin dengan kepimpinan PKR dan Pakatan Rakyat dalam memperjuangkan kepentingan rakyat pelbagai kaum.Pada masa sama beliau juga keciwa dengan hala tuju UMNO dan masalah kepimpinan parti itu yang semakin meruncing.Datuk Nasaruddin berkata langkah beliau menyertai PKR membolehkannya memberi khidmat yang lebih berkesan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Bota kepada penduduk setempat.Dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu, Nasaruddin menewaskan calon PKR, Usaili Alias dengan majoriti 2,068 undi.Nasarudin dari Umno memperoleh 6,556 undi.Pada pilihan raya umum ke-12, Pakatan Rakyat yang kini memerintah Perak, menguasai 31 kerusi DUN manakala BN pula 28 kerusi.

beberapa hari ini...



Tiga Adun Bebas sokong Barisan
BN sedia tubuh kerajaan di Perak
Nizar bubar DUN tanpa perkenan Sultan PUTRAJAYA: Tidak sampai setahun memerintah, kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di Perak semalam tumbang dan Barisan Nasional (BN) kini bersedia membentuk kerajaan baru di negeri itu dengan majoriti mudah. Bibit kejatuhan kerajaan negeri itu bermula apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi dan Adun Changkat Jering, Mohd Osman Jailu, bertindak meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR), diikuti tindakan yang sama Adun Jelapang dari DAP, Hee Yit Fong.

Adun Bota kembali ke pangkuan BN, kononnya tindakan sebelum ini adalah mahu melihat kekuatan BN Perak..

...pikir2 kanlah

St

Boikot...why KFC ?







Aku hampir xpaham ngan perangai orang kita...dalam banyak2 produk..KFC paling dipandang membawa bala n bencana...kononnya bersekongkol ngan Israel yang tgh hebat menghentam palestin..Andai korang tau KFC (Malaysia) hakmilik islam. orang melayu... Kenapa tak diboikot jenama yang lebih besar skop perniagaannya... Nestle contohnya...berapa banyak produk nestle kalo korang tengok kat kedai2... dari sekecik gula2 sampainya sebesar tin milo, susu, maggi...humh banyak lagi la kalo nak sebut...Jangan memboikot membabi buta... KFC Malaysia xpernah menyalur keuntungan kepada Israel. Kita cuma membayar untuk membayar untuk mengguna pakai brand perniagaan mereka. Kalo korang pernah belajar business ataupun perdagangan mesti korang lebih paham apa yang aku cakapkan ni. Kita bayar sejumlah duit yang tetap, so apa maknanya memboikot. Untung banyak atau untung sikit banyak tu jugaklah yang dibayar...so jangan wat kerja sia-sia...sama jelah kita memderma..banyak dah saluran menderma yang sudah tentu pahala bagi kita...bukan kerja sia2 yang belum tahu pastinya... Lastly, korang renungkanlah perutusan dari salah seorang kakitangan KFC ni...sekian..


BOIKOT KFC
Salam semua... tujuan email ni adalah untuk memberi penjelasan mengenai boikot KFC. banyak orang dah tanya pada saya mengenai KFC.dan ada juga yang sms kata "baik ko berenti keja ngan KFC.ko dok bunuh orang palestin"... .dah banyak sms yang saya dapat....daripada kawan2 sekolah, universiti dan segenap lapisan masyarakat. untuk pengetuahuan semua, KFC Holdings (M) Bhd adalah milik Kulim (M) Bhd.. Kulim ini pula adalah anak syarikat Johor Corporation. siapa yang tidak tahu sila cari mengenai johor corporation. oleh itu, KFC Holdings (M) Bhd adalah milik malaysia. tiada sebarang keuntungan yang diberikan kepada US mahupun Israel. KFC hanya menggunakan nama. KFC malaysia hanya membayar yuran penggunaan nama sahaja. akan tetapi, setelah KFC menjadi anak syarikat Johor Corporation, pengerusinya sedang berusaha untuk membeli KFC di US.. ini adalah usaha yang sangat murni. Tan Sri Ali Hashim adalah pengerusinya yang memang mempunyai idea bisnes yang bernas. selain itu juga, dibawah KFC Holdings (M) Bhd terdapat anak syarikat iaitu : Pizza Hut Kedai Ayamas RasaMas Restaurant Ayamas Food Corporation Sdn Bhd Region Food Industries (Sos life) bakery ( untuk garlic bread & roti2 di KFC) tenaga kerja untuk semua syarikat ini adalah majoriti melayu islam.oleh itu, bayangkan lah jika masyarakat memboikot KFC apa akan terjadi kepada orang islam malaysia?oleh itu fikir2 kan lah apa yang saya katakan ini. diharap dapat memberi penjelasan kepada sahabat2 dan sesiapa sahaja.sama- sama kita membangunkan ekonomi orang islam.inilah dinamakan Jihad Bisnes. sekian. Muhamad Ammar Abdullah Halal Audit Executive KFC Holdings (M) Bhd 03-20263388 ext 282 012-5678443






sebagai tambahan dari St..ahli lembaga pengarah KFC juga majoriti islam...korang bleh search kat internet...penanung nya...sah2 melayu muslim..






KFC mempunyai panel syariah sendiri...salah seorang darinya adalah mufti Johor Dato' Noh Gadut.






Monday, February 2, 2009

Free Palestine



Palestin... wilayah yang sedang diserang bertubi2 oleh Israel laknatullah. Ya Tuhan, selamatkanlah bumi anbia itu.. sama2 lah kita menderma untuk bantuan kemanusiaan kepada Palestin..
Boikot? St kurang setuju bab boikot memboikot ni. coz kalo kita boikot pun, kita nak menjatuhkan ekonomi siapa sebenarnya. Amerika... sape lak Amerika tu. rakan dagangan kita yang antara terbesar kan. so kalo ekonomi Amerika merudum siapa yang kene tempias, kita kan. tengok jela ngan ekonomi Amerika n dollar yang menjunam sekarang ni. Ramai pekerja kat sini kene berenti. company banyak tutup... sebab apa? sebab ekonomi Amerika jatuh yang menyebabkan ekonomi dunia seluruhnya terjejas sebab perdagangan sume guna matawang Amerika. so sape2 yang masih nak memboikot tu..teruskan lah !
Lagi satu pasal memboikot KFC, apa rasionalnya? memang akan terjejas...tapi diorang terjejas sikit sangat. sebab diorang francisor...kita orang Malaysia ini francaisee..Johor Holdings...syarikat bumiputera islam adalah owner KFC Malaysia. so kalo korang boikot KFC, korang sebenarnya boikot KFC Malaysia...boikot KFC Malaysia maknanya boikot perniagaan orang islam n orang melayu...apalah gunanya. Lagi pulak kalo korang boikot KFC, banyak lagi rakan dagangan KFC (yang rata2nya kepunyaan melayu) akan terjejas teruk...paling dapat impak besar adalah Ayamas Holdings..pembekal ayam untuk KFC. Pizza hut n banyak lagi juga bergantung pada Ayamas...so pada yang memboikot tanpa usul periksa, teruslah memboikot. biar ekonomi orang malaysia seluruhnya terpalit. jangan kita meludah ke langit atau menepuk air di talamnanti kene muka sendiri baru tau..bye...St



St

Rumah Baru

Hari ni kerje St adalah tido seharian di rumah baru...tapi selalu sangat dikejutkan oleh kontraktor2 yang nak repair tu la...ukur tu la...jap2 pulak Mrs Tan (owner rumah) plak yang col..memang menharukan...tapi Alhamdulillah gak dapat gak umah baru ngan jiran yang bagus n owner umah yang wat sehari 2 ni bagus nampaknya...tak la macam pakcik hampeh umah sewa lama tuh...memang macam haram.
Kisahnya St pindah lak ke kediaman baru di Ipoh ni. Stil Taman yang sama cuma lalauan berbeza ar kan..itulah ceritaku pasal rumah baru...uhu..St