NAK SIGN...GUEST BOOK

Tuesday, July 29, 2008

Abang BOTAK


BOTAK.

Budak botak

Botak Chin

Castello

Megat Komeng


adalah beberapa watak dalam sandiwara kita pemegang wataknya adalah botak. Botak dalam budaya kita ditafsirkan sebagai jahat, samseng atau yang seerti dengannya. Walau bagaimanapun kanak-kanak Melayu biasanya akan dibotakkan sekurang-kurangnya sekali semasa kecil, iaitu semasa mencukur jambul diadakan.


Adapun botak asli @ kepala tidak ditumbuhi rambut tu orang Melayu panggil otak geliga atau kuat berfikir. Akan botak di tengah pula orang Melayu gelarkan sebagai kuat xxx. ha ha ha.Kini botak mungkin salah satu fesyen sahaja, namun ada tempat-tempat tertentu yang tidak membenarkan manusia berfesyen botak dari memasukinya. Juga ada tempat-tempat yang mesti dipakaikan fesyen botak, barulah sah ia graduate dari situ.


Anyway...sekarang, aku pun botak sma..ahaks. saja release tension.


Sos tomato

1 comment:

Komen la kalau berani..komen !