NAK SIGN...GUEST BOOK

Thursday, September 4, 2008

Ku Tak Suka Lagu Ini..


Ku Tak Suka Lagu Ini..begitulah tajuknya. Nyanyian duet Yovie dan Nuno. Tapi St suka sangat2 lagu ni...Kisahnya sambil berenti rest Kat RnR Semanggul@Bukit Merah aritu, St punyalah boring duk sorang2 terus buka radio kat handphone xpressmusic 5300 St yang xseberape ni.Dengar tetibe Dj cakap "Ku tak suka lagu ini.." St pun kata dalam ati. "Apa punya sengal deejay ni, tak suka diam2 sudah laa..." dengar2 naa..punyala best lagu ni...St rasa kena tukar la tajuk die. ubah pada, St Suka Lagu Ini...hik2.
St

Diary Ramadhan Pertama di Kampung

Memang best lagi mengharukan (terharu) bila hajat St nak berbuka puasa kat kg hari 1st ramadhan kesampaian juga akhirnya. siang2 puasa tu St g Teluk Intan, Kononnya nak g online guna wifi kat menara condong, coz umah xde tenet.Tup2...sampai2 je setelah berhenti banyak kali coz ujan, tak bleh connect ar plak. diorang tutup kot coz bulan posa xde orang lepak sangat kat area foodcourt situ. g cari kedai motor pun banyak yang tutup...makanya St n adik St, Lan pun baliklah dengan sadisnya. Then berenti kat simpang hajat yang membeli2 kat bazar ramadhan. ade ar 2 3 jenis kuih St beli, termasuklah donut.Jeng3...dapat idea untuk memperbanyakan donut itu...pling ! Bukan magik okay. St suruh adik St g beli 'ibu roti'...Lan pun kepeningan. "humk...ibu roti, ade ek.anak roti xde", aku terajang jugak budak ni kang.bleh buat lawak plak.Dengan blurnya adik aku yang sorang ni pegi jugak. balik je dia dari kedai sampai 2 paket ibu roti dia beli.Aku pun tanya ar mak kat mana tepung n sebagainya.Than setelah menguli2 sambil mak st jadi tukang teka2 kuih apa St nak buat. At last siap...inilah hasilnya.bleh ar tahan.yum3...
Cerita plak pasal kambing boer n lembu yang ayah St mula bela.semakin menjadi nampaknya.Walaupun tak lah banyak mana.Maybe hajat St untuk jadi penternak berjaya berbekalkan pengalaman yang ade ni Abah dah mulakan dulu.Bagi sesape yang blur2 apa tu kambing boer, ni la sejenis kambing yang telinganya besar n badan agak besar berbanding kambing biasa.Memang best layan lembu2 n kambing2 ni.Hopefully cepat membiak
. Kat kampung jugak aritu...biasanya kami akan kumpul semua adik beradik 1st posa n last posa...tapi tahun ni lain sikit...semua ade hal masing2, so kami berkumpul awal.dalam 28 hb tu semua dah ade kat rumah..Yop bawak baby Nurul, ala tomey2. dah besar ko ye.dah ade gigi 2 batang plak tu.Macam arnab, meh uncle nak cabut.kik2.Than biasa la cucu kesayangan tok, balik walaupun cuma 3 hari tapi St tak lepas peluang borak2 ngan tok sambil urut2 ngan tanga dia yang penuh ngan kedutan perjuangan zaman jepun dulu.hum..Tu la serba sedikit kisah St balik kambing...cam nak balik tiap2 mingu je rasanya bulan posa ni..korang aper pulak cerita balik kampung...meh kongsi ngan St..
St

Wednesday, September 3, 2008

Selamat Menyambut Ramadhan Al_Mubarak


Ramadhan telah pun menjelang...St harap semua dalam keadaan sihat hendaknya...sama2lah kita memperbanyakkan amalan di bulan yang mulia ini.Sucikan diri dari dosa, bersama kumpul pahala.Amin... St